Isteri dan ibu mentua rancang culik skandal suami ditangkap polis

Dua beranak ditahan polis setelah disyaki menjadi dalang penculikan seorang wanita warga Indonesia yang menjadi skandal suaminya

Suspek didakwa berpakat dengan ibunya untuk menculik teman wanita suaminya dalam kejadian di Jalan 2/3A Pusat Bandar Utara, 11.45 malam.

Ketua Polis Sentul, Beh Eng Lai, berkata ketika kejadian, teman lelaki mangsa meninggalkannya bersendirian dalam kereta dengan pintu tidak berkunci serta enjin tidak dimatikan.



Menurutnya, ada saksi melihat keretanya dilarikan seorang lelaki tidak dikenali dengan mangsa berada di dalamnya.

Kereta terbabit dilihat menghala ke Gombak dan teman lelaki mangsa berusia 34 tahun cuba menghubungi telefon bimbitnya namun gagal selepas dimatikan.

“Laporan polis kemudian dibuat pada 12.38 tengah malam, Sabtu lalu,” katanya menurut Harian Metro.

Katanya lagi, polis berjaya mengesan kereta pengadu ditinggalkan di tepi jalan berhampiran sebuah pasar raya di Rawang dan mangsa tiada dalam kenderaan itu.



“Antara jam 1.50 pagi hingga 5.30 pagi Ahad lalu, kita menangkap dua wanita iaitu ibu dan isteri pengadu serta seorang lelaki tempatan berusia antara 37 hingga 52 tahun dalam serbuan berasingan di Temerloh, Pahang dan Bandar Baru Sentul.

“Berpandukan maklumat diberikan ketiga-tiga suspek, polis berjaya menyelamatkan mangsa di Bandar Dataran Segar, Port Dickson, Negeri Sembilan pada jam 7.10 malam, hari sama,” katanya.

Katanya, mangsa berusia 26 tahun cedera ringan dan dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk rawatan sebagai pesakit luar.

“Motif kejadian adalah berpunca daripada masalah rumah tangga. Perancang utama kejadian ini adalah ibu dan isteri pengadu yang hendak memisahkan hubungan intim antara pengadu dan mangsa.



“Ketiga-tiga suspek kini direman sehingga esok dan kes disiasat mengikut Seksyen 362 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Diserbu ketika berbogel dalam kereta punca remaja kemalangan

Siapa menantu yang Anwar sebut – Puad



Zarina Anjoulie ‘hancur’, padam gambar tunang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker