Tinjauan aktivis alam sekitar cetus provokasi

IPOH – Hasrat sekumpulan aktivis alam sekitar dan penduduk setempat untuk meninjau kawasan pendaratan penyu di Pantai Pasir Panjang, Segari di Lumut kecoh apabila berlaku provokasi membabitkan sekumpulan individu lain di kawasan berhampiran.

Menerusi rakaman video yang dikongsikan Sahabat Alam Malaysia (SAM), seorang lelaki mendakwa kumpulan aktivis dan penduduk tersebut menceroboh masuk ke kawasan berkenaan sebelum kesemua mereka ditahan.

Sementara itu, seorang wakil aktivis berkenaan dilihat tampil memberi penjelasan dengan mempersoal kegiatan pengambilan pasir di kawasan tersebut yang didakwa mengganggu alam sekitar.

Penyelidik lapangan SAM, Meor Razak Meor Abdul Rahman yang dihubungi memaklumkan kejadian tersebut berlaku disebabkan salah faham antara kedua-dua kumpulan berkenaan.

Tangkap layar video kejadian yang berlaku melibatkan aktivis alam sekitar dan sekumpulan individu berhampiran Pantai Pasir Panjang, Segari.
Tangkap layar video kejadian yang berlaku melibatkan aktivis alam sekitar dan sekumpulan individu berhampiran Pantai Pasir Panjang, Segari.

Jelasnya, terdapat dua kumpulan aktivis dan penduduk yang melalui jalan darat serta laut untuk ke satu lokasi di tepi Pantai Pasir Panjang bagi mengadakan sidang akhbar.

“Bagaimanapun aktivis yang melalui jalan darat ini tidak sampai ke lokasi sidang akhbar kerana mereka ditahan oleh sekumpulan individu dipercayai kontraktor pengusaha pasir kerana menceroboh kawasan mereka.

“Jadi mereka mereka minta saya ke lokasi tersebut untuk berunding bagi melepaskan aktivis ini. Setelah rundingan dibuat secara baik barulah kesemua mereka dibenarkan keluar dari kawasan berkenaan termasuk Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pantai Remis, Wong May Ing,” katanya kepada Sinar Harian pada Khamis.

Dalam perkembangan berkaitan, Meor Razak menjelaskan SAM, Persatuan Aktivis Sahabat Alam (KUASA), Pertubuhan Sahabat Ekologi Perak (Ekologi Perak) dan Persatuan Penggiat Alam Segari mengulangi kebimbangan mereka terhadap eksploitasi dan ancaman Kawasan Sensitif Alam Sekitar (KSAS) Tahap 1 di Pantai Pasir Panjang, Segari, di daerah Manjung yang boleh memusnahkan kawasan pendaratan penyu utama di Perak.

Menurutnya, isu yang paling membimbangkan dan menjadi ancaman terhadap adalah cubaan untuk mengambil dan mengeluarkan pasir di Lot 18435 yang sepatutnya dilindungi.

Jelasnya, kegiatan pengambilan pasir dibimbangi boleh mengganggu dan memusnahkan struktur fizikal kawasan pantai dan menyebabkan tidak sesuai lagi untuk penyu mendarat dan bertelur di kawasan tersebut.

“Berdasarkan dokumen Rancangan Fizikal Negara (RFN), semua kawasan pendaratan penyu di Semenanjung Malaysia dikategori sebagai KSAS Tahap 1 yang tidak boleh dibangunkan untuk sebarang kegiatan dan penukaran guna tanah kecuali pelancongan eko yang berimpak rendah, pendidikan dan penyelidikan.

“Perlu dijelaskan bahawa kawasan pantai dari Hutan Lipur Pasir Panjang hingga ke Pantai Pasir Pandak, Tanjung Hantu merupakan kawasan yang kerap direkodkan pendaratan penyu berdasarkan penemuan sarang dan kutipan telur oleh pengutip telur penyu yang dilantik oleh Jabatan Perikanan,” katanya.

Meor Razak berkata, pihaknya berharap, pihak berkuasa negeri akan mengambil tindakan yang tegas menghenti dan tidak membenarkan lagi sebarang kegiatan yang berisiko di pantai tersebut dan mewartakannya sebagai kawasan perlindungan.

Jelasnya, pihak berkuasa negeri dan pihak-pihak berkuasa berkaitan juga perlu mematuhi serta mengguna pakai rancangan pemajuan terutama Rancangan Fizikal Negara (RFN) yang menekankan kepada perlindungan kawasan KSAS.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Februari 2023 paling unik, berlaku 823 tahun sekali

Zalim kalau tak hargainya – Shuib

Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker