Polis siasat kenyataan berkait kereta kurniaan Agong

Chegu Bard dan Zahid Md Arip buat kenyataan fitnah terhadap PM

Polis siasat kenyataan berkait kereta kurniaan Agong

Polis membuka kertas siasatan ke atas Chegu Bard dan bekas Setiausaha Politik Tun Dr Mahathir Mohamad, Muhammad Zahid Md Arip berhubung kenyataan mereka berkaitan kenderaan mewah kurniaan Yang di-Pertuan Agong kepada Perdana Menteri.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata, siasatan terhadap mereka akan dibuat mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948.

“Ia susulan kenyataan mereka berkaitan kenderaan baharu digunakan Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) yang dikurniakan Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.

“Kita sedang melengkapkan kertas siasatan dan akan memanggil mereka berdua bagi membantu siasatan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Pemakaian Lencana Pangkat dan Serah Terima Tugas Pengarah dan Pengerusi Perkep Jabatan KDNKA serta Pengarah dan Pengerusi Perkep JSJN di Pulapol, di sini, hari ini.

Media sebelum ini melaporkan Perdana Menteri dilihat menggunakan kenderaan baharu jenama Mercedes Benz di Parlimen.

Anwar dilihat menaiki kereta berwarna hitam itu dengan semakan mendapati didaftarkan atas nama Yang di-Pertuan Agong. HM

Polis siasat kenyataan berkait kereta kurniaan Agong

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Anggota APM kongsi detik misteri apabila ular sawa ditangkap mengilai

Ramai setuju kedai makan perlu laksana sistem ‘bayar dulu’

Ahli MKT UMNO sokong Presiden MCA berhubung isu SST, mahu kerajaan beri berita gembira

Anak golongan T20, Che Ta nafi keluar kenyataan riak

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker