Erdogan beri amaran keras kepada Sweden, ini katanya
Erdogan beri amaran keras kepada Sweden, ini katanya
ANKARA: Presiden Recep Tayyip Erdogan menegaskan semula semalam bahawa Turkiye tidak akan membenarkan Sweden menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) selagi ia membenarkan bantahan yang mencemarkan kitab suci al-Quran.
Turki yang selama ini menangguhkan kelulusan keanggotaan Sweden dan Finland ke dalam pakatan tentera Barat itu berang susulan siri bantahan di Stockholm oleh aktivis yang membakar al-Quran di luar Kedutaan Turkiye dan menggantung patung berupa Erdogan.
Ia juga telah menangguhkan satu mesyuarat penting di Brussels yang sepatutnya membincangkan mengenai kemasukan kedua-dua negara Nordic itu ke dalam NATO.
“Sweden, jangan harap! Selagi anda membenarkan kitab suci al-Quran untuk dibakar dan dikoyakkan, dan anda melakukannya bersama pasukan keselamatan anda, kami tidak akan katakan ‘ya’ kepada kemasukan anda ke dalam NATO,” tegas Erdogan dalam satu ucapan kepada penggubal undang-undang parti pemerintahannya.
Pegawai pemerintah Sweden menjauhkan diri daripada bantahan itu, yang dicetuskan oleh seorang aktivis anti-Islam berhaluan kanan yang membakar beberapa naskhah al-Quran di Stockholm dan Copenhagen, Denmark, menegaskan bahawa bantahan itu dilindungi oleh kebebasan bersuara.
Sweden dan negara jiran Finland telah meninggalkan berdekad ketidakselarasan dan memohon untuk menyertai NATO berikutan pencerobohan Russia ke atas Ukraine.
Semua anggota NATO kecuali Turkiye dan Hungary telah mengesahkan penyertaan mereka, tetapi keputusan sebulat suara diperlukan.
Terdahulu semalam, Menteri Luar Turkiye, Mevlut Cavusoglu berkata Ankara mempunyai lebih sedikit masalah dengan Finland menjadi anggota NATO berbanding jirannya Sweden.
Bagaimanapun, beliau menegaskan terpulang kepada pakatan tentera untuk memutuskan sama ada menerima satu negara sahaja atau kedua-dua negara Nordic itu bersama-sama – sesuatu yang kedua-dua negara komited.
Sekiranya NATO memutuskan untuk menangani proses keahlian negara jiran Nordic secara berasingan, “(Turkiye) sudah tentu akan mempertimbangkan semula (mengesahkan) keahlian Finland secara berasingan dan lebih baik, saya boleh katakan,” kata Cavusoglu semasa sidang akhbar bersama dengan rakan sejawatnya dari Estonia di Tallinn.
Beliau tidak memberikan jangka masa.
Erdogan juga mengulangi bahawa pandangan Turkiye mengenai keahlian Finland adalah ‘positif’.
“Tetapi ia tidak positif mengenai Sweden, itu harus diketahui,” kata Erdogan. BH
Erdogan beri amaran keras kepada Sweden, ini katanya
Baca Artikel Menarik:
- Muhyiddin lancar kabinet bayangan, Hadi cuma timbalannya
- Axia baharu lebih mahal tapi ini yang menanti anda
- Apa beza pinjaman beli Vellfire dan rumah?
- Ada Khairy dalam PH pun tak menambah
- ‘Sedekah’ PRU, SPRM kenal pasti 90 individu
- Pembekuan akaun Bersatu oleh SPRM, ‘bersih dan stabil’ hanya ‘sembang’
- Jawatan Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Shahrizat kembali ke gelanggang politik
- Set Menu Rahmah MYDIN Setiap Hari Hanya RM4.90
- 10 Fakta Ikan Merah
- Saya ‘diserang’ selepas tawar diri bertanding – Armand Azha
- Vin Diesel ditemui beli ikan baung
- Akaun Bersatu dibeku kerana ‘derma’ RM300 juta
- Kenapa kau lari Sophia, tanya Bella
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Aliff akhirnya mengesahkan kontroversinya bersama Sophia Albarakbah
You must be logged in to post a comment.