Ani Mayuni tak tahan sakit

Ani Mayuni tak tahan sakit

Di saat ramai berlumba-lumba untuk tampil cantik melalui pembedahan, lain pula ceritanya dengan penyanyi dangdut, Ani Maiyuni.

Pernah ditawarkan tajaan bagi menjalani pembedahan kosmetik mengecilkan hidung, Ani, 45, menolak kerana enggan mengubah bahagian tubuh dan wajahnya.



Berkesempatan bertemu Ani di majlis pelancaran sejenis produk minuman yang turut menampilkan Ani sebagai rakan niaga, Ani berkongsi kisah ‘cadangan’ beberapa individu, agar dia menyerahkan tubuh dan wajahnya kepada meja pembedahan kosmetik.

“Sebenarnya, ada yang mencadangkan saya melakukan prosedur kecantikan seperti bariatrik dan sebagainya. Bahkan, ada yang beritahu saya, ia boleh dibayar secara ansuran.

“Namun, saya tak rasa saya akan buat sebab saya jenis tak tahan sakit. Lagi pula, kalau saya nak turunkan berat atau langsingkan badan, biarlah ia secara semula jadi

“Bagi saya, biarlah lambat, tapi tak berikan kesan jangka masa panjang sebab dalam usia sekarang, kita tak tahu apa akan berlaku. Tapi, saya hormati pendirian dan pilihan orang lain,” katanya.



Berkongsi mengenai pembedahan kosmetik untuk wajah, Ani juga terpaksa menolak dan berpegang dengan prinsipnya yang mana enggan terpengaruh dengan pelawaan sebegitu.

“Kalau bab nak melakukan prosedur kosmetik untuk mencantikkan muka, dari dulu lagi memang ada yang cadangkan supaya saya ‘cucuk’ contohnya, untuk mancungkan hidung.

“Ada yang cadangkan untuk kecilkan kelopak hidung dan sebagainya. Bukan setakat cadangan, tapi siap ada yang nak menaja. Tapi, tak mengapa, sebab saya tak mudah terpengaruh dengan benda-benda begitu.

“Semakin hari, kita semakin tua. Jadi, nak buat rawatan apa pun, kena fikir dan berhati-hati juga. Kalau ada rawatan pun, setakat ‘facial’ dan sebagainya,” katanya.



Mengambil berat mengenai kesihatan tubuh badan, Ani juga menolak untuk mengambil makanan tambahan yang tidak diyakini, sebaliknya kekal dengan jenama minuman yang kini menjadi sumber tenaganya.

“Kesihatan tubuh badan itu sangat ‘mahal’. Saya tak ada mengambil apa-apa makanan tambahan yang tidak diyakini, sebaliknya hanya mengambil minuman kesihatan yang saya yakin untuk gunakan.

“Sebagai penyanyi dan usahawan, memang saya perlukan tenaga yang banyak. Alhamdulillah, sedikit sebanyak, itu membantu saya mendapatkan tenaga sebab saya memang gunakan banyak tenaga dalam kehidupan seharian saya,” katanya. HM

Ani Mayuni tak tahan sakit



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Achey guna populariti anak demi lariskan bisnes?



Penyertaan dalam FD3 macam sampah, ini kata Ryan Bakery

Nabil gurau ‘face shaming’ pulak kali ini



Leona dikecam nampak lurah, Azhar Sulaiman ‘back up’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker