Kurang pandu dapat rebet tunai dari Etiqa

Kurang pandu dapat rebet tunai dari Etiqa

Jika anda antara yang percaya setiap musibah datang dengan rahmatnya, anda mungkin setuju bahawa pengalaman mengharungi wabak Covid-19 telah memberi kita beberapa pengajaran hidup yang bermakna – anda lebih menghargai ahli keluarga dan rakan-rakan, dan anda sedar bahawa sememangnya kesihatan adalah suatu nikmat.

Bagaimanapun, anda juga mungkin melihat sisi gelap wabak tersebut. Anda mungkin kehilangan orang tersayang atau gaji anda terpaksa dipotong dengan drastik, malah lebih teruk lagi, anda mungkin kehilangan pekerjaan.

Bagi ramai orang, beban mendapatkan semula pendapatan yang hilang masih dipikul.

Atas senario ini, Etiqa menawarkan cara yang kreatif untuk mendapatkan rebat tunai.

Bagi mereka yang masih bekerja dari rumah, tidak perlu memandu pergi dan balik kerja menjadi antara kelebihannya – dan ini akan bertambah baik.

Etiqa memberi anda ganjaran sehingga 30% diskaun premium atau caruman asas dalam bentuk rebat tunai.

Manfaat tambahan “Drive Less Save More” tersedia secara percuma kepada semua pelanggan sedia ada selepas pembaharuan pelan insurans atau untuk pelanggan baharu yang memenuhi semua syarat kelayakan:

.. individu yang diinsuranskan atau peserta mesti berusia antara 25 hingga 80 tahun;
.. kenderaan berusia hingga 15 tahun;
jumlah dilindungi RM12,000 dan ke atas;
.. kenderaan yang diinsuranskan atau dilindungi hanya untuk kegunaan peribadi.

Anda boleh menambah manfaat ini dalam tiga langkah mudah:

Selepas mendaftar atau memperbaharui pelan Insurans Motor atau Takaful Motor Etiqa dengan tambahan manfaat “Drive Less Save More”, muat naik gambar bacaan odometer dan nombor plat kenderaan anda melalui Etiqa Smile untuk mengaktifkan manfaat.
Untuk menuntut rebat tunai, muat naik bacaan odometer kenderaan dalam tempoh perlindungan. Anda boleh memuat naik bacaan odometer setiap 10 hari atau lebih.
Apabila pelan Insurans Motor atau Takaful Motor anda tamat tempoh, penyerahan akhir bacaan odometer kenderaan diperlukan. Anda akan dimaklumkan menerusi peringatan SMS tiga hari sebelum tarikh tamat tempoh.

Rebat tunai dikira sebagai peratusan premium atau caruman bulanan, walaupun tuntutan telah dibuat.

Lebih 70,000 kenderaan telah pun mendaftar dan mendapat manfaat daripada tambahan percuma ini sejak kempen “Drive Less Save More” dilancarkan pada 2021.

Selain menjimatkan wang dan mengurangkan pelepasan karbon, beberapa kesan sampingan tidak sengaja lain yang sangat positif juga dapat dicapai.

Dengan kurang memandu, kos penyelenggaraan kenderaan lebih rendah, dan pengurangan susut nilai menjurus kepada nilai jualan semula yang lebih tinggi untuk kenderaan yang mengambil bahagian. Di samping itu, anda membantu alam sekitar!

Sertai secara percuma dan mula berjimat hari ini dengan mengunjungi laman web Etiqa di sini.

Kurang pandu dapat rebet tunai dari Etiqa

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker