Fahmi nafi arah RTM ‘gam’ tiga MB PN

Fahmi nafi arah RTM ‘gam’ tiga MB PN

Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil menafikan mesej tular di media sosial yang mendakwa dia mengarahkan Radio Televisyen Malaysia (RTM) melarang sebarang berita membabitkan tiga menteri besar dari negeri pimpinan PN.

Dia turut menegaskan akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebarkan “fitnah” tersebut.

“Fitnah. Saya akan ambil tindakan terhadap penyebar fitnah ini,” katanya di Twitter.

Ini susulan mesej yang tular di media sosial Sabtu lalu bahawa menteri itu mengarahkan organisasi media tempatan supaya tidak menyiarkan sebarang berita membabitkan menteri besar dari Kedah, Kelantan dan Terengganu.

Hantaran yang bertajuk “Fahmi arah RTM ‘gam’ tiga MB PN” juga mendakwa Fahmi tidak mahu berita positif daripada tiga negeri itu.

Menurut catatan itu, wartawan RTM dari tiga negeri itu dibenarkan membuat liputan acara menteri besar, tetapi tidak menyiarkan sebarang bahan berita. Mk

Fahmi nafi arah RTM ‘gam’ tiga MB PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]

Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker