Mereka masih boleh membela diri dan merayu – Isham
Mereka masih boleh membela diri dan merayu – Isham
Tindakan memecat atau menggantung ahli hanya perlu dirujuk kepada Majlis Kerja Tertinggi (MKT) selepas Lembaga Disiplin berpuas hati ada bukti pelanggaran dikemukakan mengikut perlembagaan Umno, kata Isham Jalil.
Beliau yang juga ketua penerangan Umno, berkata sebarang proses melibatkan Lembaga Disiplin hanya amalan pengurusan dalaman parti.
Katanya, MKT tidak akan mencampuri proses siasatan dan keputusan Lembaga Disiplin, sebaliknya hanya memperakui saranan serta keputusan badan itu berkenaan kes disiplin melibatkan ahli.
“Sebenarnya mengikut perlembagaan Umno, proses tindakan pemecatan atau penggantungan ahli hanya perlu dirujuk kepada MKT sahaja.
“Proses lain yang melibatkan Lembaga Disiplin dan sebagainya itu sebenarnya hanyalah pengurusan dalaman yang dipraktikkan,” katanya di Facebook.
“Oleh itu, apabila MKT telah memperakukan pemecatan dan penggantungan ahli Umno, maka pemecatan dan penggantungan itu adalah sah di sisi perlembagaan Umno dan undang-undang serta peraturan.”
Semalam, Naib Presiden Umno Ismail Sabri Yaakob, berkata beliau tidak bersetuju dengan ketetapan parti itu yang memecat dan menggantung keahlian beberapa pemimpin Umno atas dakwaan terdapat kecacatan nyata dalam proses membuat keputusan.
Menurut bekas perdana menteri itu, keputusan itu juga tidak mematuhi proses perundangan dan bertentangan dengan konsep ‘natural justice’ seperti hak membela diri.
Katanya, tiada surat tunjuk sebab diberikan kepada pihak dituduh bagi mengetahui pertuduhan terhadap mereka dan tiada ruang diberikan menjawab pertuduhan.
Mesyuarat MKT Umno pada Jumaat membuat ketetapan memecat bekas ketua pemudanya, Khairy Jamaluddin dan bekas ketua Umno Selangor, Noh Omar kerana melanggar disiplin parti semasa PRU15.
Khairy dan Noh sebelum ini menggesa Ahmad Zahid Hamidi meletak jawatan sebagai presiden parti berikutan prestasi buruk Umno dan Barisan Nasional, pada PRU15.
Selain itu, turut dikenakan tindakan penggantungan adalah bekas naib presiden, Hishammuddin Hussein; bekas ketua penerangan, Shahril Hamdan; bekas Ahli Parlimen Jempol, Salim Sharif; dan pemimpin Umno Tebrau, Maulizan Bujang yang digantung enam tahun.
Dalam pada itu, Isham berkata, ketetapan dibuat MKT tidak bermakna Noh dan yang lain tidak boleh merayu membela diri.
“Lembaga Disiplin Umno bukanlah Mahkamah Persekutuan dan hukuman kepada Noh dan Khairy ini bukanlah hukuman penjara atau hukuman mati.
“Mereka masih boleh membela diri dan merayu beberapa kali. Jika Noh dan Khairy serta yang lain boleh mengalahkan bukti-bukti terhadap mereka yang menunjukkan mereka bersalah, saya percaya Lembaga Disiplin akan membuat keputusan seadilnya,” katanya. FMT
Mereka masih boleh membela diri dan merayu – Isham
Baca Artikel Menarik:
- Rasuah atau sedekah: Kerajaan perlu bersuara, SPR dan SPRM kena sepakat
- Meerqeen, Anna macam suami isteri sebenar
- Dua anggota Ayahanda Harimau Kumbang dibebas dengan jaminan polis
- Naib Presiden UMNO: Siapa bertahan, siapa mencabar?
- Sanusi terus bermain isu perkauman – Ismail
- Agensi umrah didakwa bolot tiket penerbangan
- Mayat dalam semak adalah Zarina Mukhtar
- Agong berkenan menerima menghadap Ismail Sabri
- Pergaduhan isteri pertama dan kedua, Ini komen anak Zainal Abidin Hassan
- Buaya hantar jasad budak lelaki tidak akan dipindahkan
- Proton X90, sedan baharu Perodua tarikan utama 2023
- Janna Nick Nafi Jadi Punca Fyna Jebat & Isteri Pertama Bertarik Rambut
- Noorkhiriah mengaku salahnya sendiri
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]
You must be logged in to post a comment.