Jika pemimpin dipecat Umno nak sertai PKR, ini kata Rafizi

Jika pemimpin dipecat Umno nak sertai PKR, ini kata Rafizi

Jika mana-mana pemimpin Umno yang dipecat baru-baru ini memohon untuk menyertai PKR maka kepimpinan parti itu perlu membincangkan perkara itu secara dalaman dan sepakat membuat keputusan.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli berkata dia tidak boleh membuat keputusan bersendirian, tetapi hal tersebut perlu mendapat persetujuan secara kolektif.



“Yang itu kita kena bincang dahulu di peringkat parti. Ia bukan keputusan saya seorang.

“Saya rasa kita kena tengok perkembangan satu demi satu,” katanya kepada pemberita selepas Program Syarahan Parlimen Siri 1.0: Reset Ekonomi Malaysia di Parlimen, semalam.

Semalam, Umno memecat calon presiden parti itu Khairy Jamaluddin dan ahli majlis tertingginya Noh Omar, yang meminta dilepaskan selepas dia digantung selama enam tahun.

Beberapa pemimpin lain telah digantung selama enam tahun termasuk Ahli Parlimen Sembrong Hishammuddin Hussein dan penyandang timbalan ketua Pemuda Umno Shahril Hamdan Suffian yang juga bekas ketua penerangan parti.



Turut digantung tugas ialah bekas ahli parlimen Jempol Salim Sharif dan bekas Adun Tiram Maulizan Bujang.

Ahli Parlimen Pandan Rafizi berkata pada masa ini, isu pemimpin yang dipecat dan digantung Umno ini memohon menyertai PKR cuma sekadar spekulasi semata-mata.

“Sekarang ini perkara itu tidak timbul. Kalau perkara ini timbul, barulah kita bincang tetapi belum lagi, maka setakat ini jadi spekulasi sahaja,” jelasnya yang juga menteri ekonomi. Mk

Jika pemimpin dipecat Umno nak sertai PKR, ini kata Rafizi



Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Isteri kedua baru hamil 6 bulan, suami nikah isteri ketiga [VIDEO]



Pelanggan mengamuk kerana saiz espreso (Video)

Kecil-kecil jadi pembuli (Video)



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker