Genap sebulan gagal dengan formula akhirnya Rafizi ‘terduduk’

Oleh Norzahira

SIKAP angkuh, bodoh, sombong dan sering memperlekehkan Barisan Nasional (BN) yang sinonim dengan Rafizi Ramli akhirnya memakan diri beliau sendiri. Beliau yang memegang jawatan Menteri Ekonomi berdepan dengan kemarahan rakyat. Mereka tidak berpuas hati dengan keadaan kos sara hidup yang meningkat tanpa batasan.

Dahulu Rafizi enggan menerima dan menghargai usaha-usaha kerajaan BN menangani isu yang sama. Sebulan yang lalu, Rafizi mengesyorkan apa yang sudah dilakukan oleh kerajaan BN. Beliau mahu pengguna sentiasa membuat perbandingan harga menerusi aplikasi Price Catcher dan membeli dalam kuantiti yang diperlukan serta tidak mengamalkan pembelian panik.

Ini dinamakan tiru langkah kerajaan BN. Rafizi tiba-tiba ketandusan formula. Baru beliau tahu bahawa kerajaan tidak mampu memberi formula mengarut sebagaimana “trademark” Rafizi sebelum ini.

Rafizi yang memperlekehkan perkara yang terbentuk ketika zaman BN kerana berprasangka negatif semasa di luar kerajaan kini akur kepada langkah-langkah terdahulu tanpa mampu memberi formula terbaru. Akhirnya yang terduduk itu adalah mereka yang tetap membawa prasangka mereka ke dalam pemerintahan.

Sebelum ini, Rafizi mengeluarkan kenyataan berhubung isu penawaran dan permintaan barangan akan ‘terduduk’ dalam sebulan lagi setelah langkah itu difahami seluruh rakyat dengan rasional. Kononnya usaha untuk menyuntik keanjalan dalam permintaan diperlukan sebagai satu mekanisme kawalan harga. Dengan angkuh, beliau menegaskan yang perkara itu secara tidak langsung dapat mengembalikan kuasa pengguna.

“Dalam sebulan lagi, geng-geng PN yang pertikai semua akan terduduk. Sama macam mereka terduduk soal-soal lain yang asalnya kontroversial tapi bila hujahnya dibentang satu persatu, rakyat yang cerdik faham,” kata Rafizi dalam akaun Twitter beliau.

Malah kenyataan Menteri Ekonomi bahawa pengguna perlu berperanan untuk menjadikan penawaran dan permintaan terhadap barangan lebih anjal, termasuk dengan tidak membeli produk yang dijual pada harga lebih mahal berbanding sebelum ini mencetuskan kritikan pelbagai pihak termasuk pakar ekonomi.

Rafizi yang hanya berpandukan “buku” berkata seandainya pengguna tidak membeli atau menggunakan produk yang menawarkan harga yang tidak berpatutan, ia akan memberi gambaran kepada peniaga dan pembekal untuk tidak sewenang-wenangnya menaikkan harga barangan.

Kini Rafizi yang terduduk!!!

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker