Sidang media Rafizi dijangka panas, rakyat menunggu bila ‘formula’ boleh berjaya
Sidang Media Penerbitan Harga Indeks Harga Pengguna (IHP) oleh Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli jam 1 tengah hari pada Rabu dijangka bakal menjadi tumpuan berikutan isu harga barang dan makanan yang mahal sedang hangat diperdebatkan.
Meskipun Rafizi sebelum ini menyatakan harga barangan melibatkan bahan mentah mengalami penurunan, namun respons sebaliknya diberikan oleh peniaga.
Ujar mereka, tiada sebarang perubahan harga yang didapati mereka pada barangan itu, ia bahkan semakin meningkat.
Perkara tersebut turut menyebabkan kenaikan harga makanan meningkat sehingga 40 peratus di restoran dan kedai.
Umum mengetahui, antara yang terkesan dengan isu ini pastinya merupakan mereka yang terdiri daripada kalangan golongan berpendapatan rendah (B40).
Ini sebagaimana yang disuarakan oleh Presiden Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (Mapim), Mohd Azmi Abdul Hamid yang turut menyatakan kebimbangan terhadap situasi berkenaan.
Menurutnya, aduan yang diterima daripada pengguna mendapati pengusaha gerai dan restoran menaikkan harga pada kadar 10 hingga 40 peratus lebih mahal didakwa berpunca daripada kos bahan mentah yang tinggi daripada pembekal.
“Pengusaha makanan dan minuman memberi alasan mereka terpaksa menaikkan harga kerana harga bahan mentah seperti minyak masak, gula, sayur-sayuran, ikan dan bijirin, telur serta daging yang mereka beli daripada pembekal dinaikkan,” katanya.
Justeru, adakah sidang media oleh Rafizi itu nanti mampu merungkai solusi terbaik untuk dimanfaatkan rakyat?
Yang pasti, sama ada peniaga atau pengguna, umum mengharapkan isu kenaikan harga barang yang terlalu ketara ini menemui garis penamat dan penyelesaiannya dibuat dengan kadar segera oleh kerajaan.
Ini selepas cadangan supaya pengguna memboikot mana-mana peniaga barangan keperluan asas ataupun makanan yang menaikkan harga secara mendadak tidak mendapat reaksi positif pelbagai pihak.
Dalam pada itu, isu kewangan rakyat bertambah tenat apabila Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) melaporkan sebanyak 51.5 peratus atau seramai 6.67 juta pencarum mempunyai baki simpanan persaraan di bawah RM10,000.
Apa yang lebih merisaukan, ia melibatkan sebanyak 76 peratus atau 5.1 juta daripada golongan bumiputera yang mewakili majoriti rakyat Malaysia.
Pada Selasa, Ketua Pegawai Strategi KWSP, Nurhisham Hussein, dilapor berkata, untuk kembali ke paras simpanan stabil, ia memerlukan pencarum perlu mengumpulkan simpanan dalam tempoh tiga hingga lima tahun.
Namun sehingga kini masih terdapat suara-suara yang mendesak agar pengeluaran dana KWSP dibenarkan sekali lagi, sekurang-kurangnya secara bersasar.
Sejauh mana Kerajaan Perpaduan dapat mempertimbangkannya?
Apa yang pasti kini, kredibiliti pimpinan Kerajaan Perpaduan dalam menyelesaikan kemelut ekonomi kini, sedang teruji.
Jika terdapat solusi memberangsangkan dapat dikemukakan, ia sudah tentu menjadi isyarat positif untuk kepimpinan sama mampu memegang tampuk pentadbiran kerajaan, pada masa yang akan datang.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Kakitangan kerajaan negeri terima bonus dikecualikan cukai – Anwar
- ‘Kelakuan jengkel’ Shafee meletihkan mahkamah – Zaid
- Sudah macam ‘gila talak’
- Shahrir sindir Ambiga, bila kawan sendiri kena baru salah guna kuasa
- Ramasamy tak puas hati hanya dua wakil bukan Melayu dalam MPPK
- Intel beri komitmen pelaburan RM30 bilion
- Jual rumah, kereta akibat gaji tertunggak
- Anwar mampu kembalikan martabat Malaysia – Abang Johari
- “Masa Kahwin, I Buang Karier, I Fokus Jaga Suami & Anak-Anak” – Luah Puteri Sarah
- Kedekut nak beri beg plastik, lelaki naik angin rempuh kedai serbaneka
- Umno Alor Setar buat pusing U, akur jawatan ‘top 2’ tak dipertandingkan
- Myvi buat hal rempuh Hilux (Video)
- 10 Sebab Kenapa Kerajaan Perlu Hapuskan Monopoli Touch ‘n Go
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Filem Pulau: Jangan tengok kalau tak sesuai – Amelia Henderson
You must be logged in to post a comment.