‘Munafik politik’ dalam Pejuang dalang keputusan keluar GTA – Khairuddin

‘Munafik politik’ dalam Pejuang dalang keputusan keluar GTA – Khairuddin

Kumpulan ‘munafik politik’ dalam Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) didakwa mendalangi keputusan parti itu untuk keluar daripada Gerakan Tanah Air (GTA) baru-baru ini.

Bekas Ketua Pejuang Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan mendakwa, mereka telah membelakangkan keputusan yang dibuat oleh Tun Dr. Mahathir Mohamad dalam mesyuarat Majlis Eksekutif Pejuang (MEP) terakhir yang dipengerusikannya sebelum meletak jawatan.

Menurut beliau, dalam mesyuarat tersebut, Dr. Mahathir dengan sokongan majoriti membuat keputusan agar Pejuang terus bersama GTA.



“Sesungguhnya, dalam mesyuarat MEP tersebut, Dr. Mahathir secara tegas menyatakan Pejuang yang mempelopori GTA tidak wajar meninggalkan GTA tetapi puak ‘munafik politik’ serta pengkhianat ini tetap menolak hasrat yang dibuat oleh Dr. Mahathir.

“Alasan mereka kononnya hendak meminta pandangan dari akar umbi terlebih dahulu,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Pada 14 Januari lalu, Presiden Pejuang, Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengumumkan Pejuang membuat kepiutusan untuk berundur dari GTA bagi memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti itu sebelum memberi nilai tambah kepada mana-mana gabungan.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua ekoran kekalahan teruk parti itu dalam Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).



Khairuddin mendakwa, keputusan yang dibuat oleh para perwakilan dengan jumlah yang amat kecil dalam perhimpunan agung itu tidak melambangkan langsung suara akar umbi yang menyeluruh untuk diterima pakai sebagai pembuat keputusan parti.

Beliau menambah, kumpulan ‘munafik politik tersebut sepatutnya berani bersemuka dengan Dr. Mahathir dan bertanya mengapa beliau meletak jawatan.

“Sekiranya nasihat Dr. Mahathir untuk terus bersama GTA pun puak ‘munafik politik’ dan pengkhianat ini menolak jadi tak perlulah mereka hendak bercakap untuk meneruskan legasi beliau.

“Retorik politik mereka yang amat memalukan serta ‘memualkan’ tekak saya,” jelasnya.



Sehubungan itu, Khairuddin meminta mereka jangan lagi cuba bersikap hipokrit dan menghentikan agenda ‘main wayang’. MG

‘Munafik politik’ dalam Pejuang dalang keputusan keluar GTA – Khairuddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Nikita Mirzani tetap solat Subuh walaupun mengaku berzina dengan teman lelaki

Dipaksa makan daging babi, dirogol jika ‘scammer’ gagal capai sasaran jualan

Anak artis wanita popular dihukum penjara

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button
%d bloggers like this:

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker