Khairuddin ingatkan Pas, cukuplah berpolitik gaya jahiliyah
Khairuddin ingatkan Pas, cukuplah berpolitik gaya jahiliyah
Pas mendakwa parti itu mengamalkan politik matang dan sejahtera, tetapi pada masa sama menuduh secara umum mana-mana pihak sebagai penipu, pencuri dan perompak.
Bekas Ahli Jawatankuasa Pas Pusat, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali berkata, tindakan pemimpin parti itu cuba membina persepsi tidak sesuai dengan slogan Budaya Politik Matang Sejahtera (BPMS).
“Dalam era politik matang dan sejahtera tidak wajar menuduh secara umum mana-mana pihak sebagai penipu, pencuri dan perompak bagi membina persepsi.
“Tidakkah salah satu tonggak BPMS Pas ialah politik benar, bukan persepsi?,” soal beliau menerusi hantaran Facebooknya, hari ini.
Beliau menasihatkan parti itu agar jangan hanya melihat orang lain tidak bersih lalu mengintai-ngintai kesalahan serta membuat tuduhan.
Ujarnya, semak juga kelemahan tata kelola dan integriti dalam pentadbiran sendiri dan perbetulkan segera.
“Semak juga adakah terdapat kalangan mereka yang diberi amanah mengambil komisen daripada kontraktor-kontraktor.
“Oleh itu, muhasabah diri lebih baik daripada hanya sibuk membuat tuduhan kepada orang lain.
“Sesungguhnya akhlak mulia seorang muslim telah dipaparkan oleh Rasulullah menerusi sabda Baginda: Bukanlah muslim itu seorang yang menuduh, bukan juga seorang yang suka melaknat mencelakakan orang, bukan juga berbicara keji lucah dan bukan juga yang bermulut kotor,” katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan Pas, cukuplah berpolitik gaya jahiliyah memecah dan mencarik umat, sebaliknya binalah politik Islam yang penuh dengan kasih sayang dan menyatukan. MG
Khairuddin ingatkan Pas, cukuplah berpolitik gaya jahiliyah
Baca Artikel Menarik:
- Samun RM100,000: Guru besar beri alasan sudah biasa keluar wang tanpa polis pengiring
- Perdana Menteri kata sistem isytihar harta SPRM sebelum ini adalah ‘lawak’
- Ada lelaki nikah isteri orang, wali tiada tauliah
- Kalau tak mau libatkan saya sebagai Ahli Parlimen pun tak apa…
- Had laju di Jalan Persekutuan turun 10km/j mulai esok
- Kalau Syamsul tak mahu cerai, Puteri Sarah ada jalan lain
- Shahidan lupa, dia dulu pun nak jadi MB seumur hidup
- Keputusan PAU 2023 melibatkan kedudukan Zahid, Ini komen Anwar
- ‘Langgar’ PH di PRN, penganalisis beritahu MCA, MIC
- Wang bantuan awal persekolahan lebih RM100,000 lesap dilarikan perompak
- Sami bunuh diri kerana cemburu selepas jatuh cinta pada cucu sendiri
- Gaya Penampilan Neelofa Di Sebuah Majlis Jadi Pertikaian
- Warga tempatan mengamuk, Bangladesh buat rumah sebagai tempat sembelih ayam dan kolam ikan keli [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PU Syed mohon FINAS tapis filem Pulau, terlalu seksi dan sangat teruk
Pemukiman Jemaah Menteri: Kementerian diterajui Mat Sabu dapat markah tercorot
Jangan ucapkan SABAR kepada orang yang dilanda musibah, tapi ucapkanlah perkataan ini…
You must be logged in to post a comment.