Hospital Bera beroperasi April ini

Hospital Bera beroperasi April ini

BERA – Penantian kira-kira 150,000 penduduk daerah ini untuk melihat projek Hospital Bera siap sepenuhnya akhirnya menjadi kenyataan apabila hospital yang mula dibina pada 2010 itu bakal beroperasi pada penghujung April ini.

Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri, Datuk Seri Norolazali Sulaiman berkata, hospital yang memasuki kerja akhir penyediaan peralatan dan perabot itu dijangka mula dimasuki petugas pentadbiran pada Mac ini.



“Paling awal kita jangka menjelang Mac kakitangan pentadbiran akan memulakan tugas di sini dan bulan seterusnya kakitangan bahagian perkhidmatan lain akan masuk secara berperingkat-peringkat.

“Berdasarkan taklimat tadi kita percaya Hospital Bera ini dapat mula beroperasi selewat-lewatnya penghujung April nanti,” katanya ketika ditemui pada lawatan Kerja Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Kesihatan Negeri Pahang Ke Hospital Bera di sini hari ini.

Hospital Bera yang bernilai RM88 juta mula dibina pada Oktober 2010, namun tertangguh berikutan kontraktor yang dilantik gagal menyiapkannya mengikut jadual.

Difahamkan, pembinaan hospital itu kemudiannya diserahkan kepada kontraktor kedua pada 2012 yang sepatutnya disiapkan pada 2015, namun ia masih gagal disiapkan sebelum ia diambil alih kontraktor ketiga pada 5 Januari lalu tahun lalu.



Norolazali berkata, secara fizikalnya, projek hospital tersebut telah siap 95 peratus dan kini dalam proses terakhir bagi penyediaan perabot-perabot termasuk aksesori bangunan.

“Jika semuanya berjalan lancar dan mengikut jadual, saya percaya hospital ini dapat beroperasi sepenuhnya hujung tahun hadapan,” ujarnya. K Online

Hospital Bera beroperasi April ini


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Ajal dijemput ketika sujud solat Dhuha

Valentino Rossi beli nasi goreng di warung



UMNO tak takut saya, tak tahulah – Hamzah



Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker