Hubungan PAS, UMNO masih utuh

Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang menegaskan hubungan antara parti itu bersama UMNO masih baik, meskipun dua parti itu dilanda pelbagai konflik sejak kebelakangan ini.

“Hubungan dengan UMNO, Alhamdulillah masih baik secara umumnya. Kita anggap UMNO sebagai parti bukan sebagai individu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Sambutan Ulang Tahun PAS ke-70 di Taman Tamadun Islam, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai hubungan antara PAS dan UMNO yang dlihat semakin dingin, sejak Pilihan Raya Negeri Melaka pada November lepas.

Katanya, hubungan baik antara kedua-dua parti itu dapat dilihat melalui kerjasama dalam kerajaan Perikatan Nasional yang ditunjangi UMNO, Bersatu dan PAS, yang masih kukuh sehingga kini.

Dalam pada itu, Abdul Hadi turut menafikan bahawa hubungannya dengan Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dingin, seperti yang diperkatakan sesetengah pihak.

“Saya rasa masih hangat, dekat Parlimen saya sama-sama duduk dekat-dekat (dengan Ahmad Zahid).

“Boleh tengok kerusi Parlimen itu sebelah saya Tan Sri Muhyiddin (Tan Sri Muhyiddin Yassin), Tun Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad), Datuk Seri Najib (Datuk Seri Najib Tun Razak) dan Zahid Hamidi. Saya duduk di tengah-tengah jadi pendamai antara semua pihak,” katanya sambil berseloroh.

Sebaik-baik perjanjian adalah pembentukan Muafakat Nasional – Nik Abduh

Selain itu, Abdul Hadi turut menyatakan kesediaannya untuk bertemu dengan pimpinan UMNO bagi meleraikan permasalahan, yang membelenggu dua parti itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, negara memerlukan gagasan lebih besar daripada Muafakat Nasional bagi menjamin kestabilan negara dan mengukuhkan ikatan ummah.

Katanya, gagasan dalam kerangka yang lebih besar juga dilihat mampu mengeluarkan PAS dan UMNO, daripada kemelut-kemelut kecil seperti yang berlaku pada masa ini.

“Mungkin negara memerlukan penyatuan gagasan besar bukan hanya dalam lingkungan Semenanjung, tetapi meliputi Sabah dan Sarawak.

“Kita ada kepentingan bersama yang perlu dipertahankan. Walaupun dalam konteks politik kita ada konflik parti masing-masing, tetapi muafakat itu sangat penting dan kita seharusnya bersatu,” katanya. – Bernama

Hubungan PAS, UMNO masih utuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


‘Bola PRU15’ terletak di kaki Ismail Sabri

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker