Pejuang tinggalkan Mahathir, Putra putuskan untuk kekal

Presiden Putra Ibrahim Ali berkata parti itu akan kekal bersama Gerakan Tanah Air (GTA) buat masa ini, meskipun gabungan itu sedang berdepan keadaan sukar berkaitan hala tujunya.

Ibrahim berkata, Putra enggan membuat keputusan tergopoh-gapah memandangkan masih panjang masa sebelum PRU16, dan parti itu juga belum memutuskan untuk bertanding dalam PRN di enam negeri pada tahun ini.

Katanya, keputusan itu kekal sehinggalah barisan pimpinan GTA membuat keputusan berkenaan hala tuju gabungan itu.

“Dunia politik ada dua golongan, yang sertai politik untuk kejayaan diri dengan cepat, yang lebih malang ada yang sudah menikmati kejayaan sebelum ini dan memegang jawatan, cukup dengan kekayaannya, namun jati diri amat rapuh dan lalang.

“Pemimpin palsu yang pasti tidak memberi apa-apa harapan kepada perjuangan membela dan memperkasa Islam, Melayu, Bumiputera dan negara. Mereka adalah sama darjat dengan golongan yang hendak diganti dan jika dicermin diri, tidak lebih dari dua kali lima sahaja,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ibrahim bagaimanapun tidak mengaitkan kenyataannya itu dengan mana-mana pihak secara khusus.

Kenyataan ini dibuat sehari selepas Presiden Pejuang Mukhriz Mahathir mengumumkan parti itu keluar dari GTA atas sebab ingin memberi tumpuan kepada usaha pengukuhan parti.

Mukhriz berkata keputusan itu dibuat setelah mengambil kira pandangan para perwakilan dalam Perhimpunan Agung Pejuang kali kedua semalam, ekoran kekalahan teruk parti itu dalam PRU15 yang lalu.

Dalam kenyataannya, Ibrahim membangkitkan bekas pengerusi Pejuang dan juga bapa Mukhriz, Dr Mahathir Mohamad yang kekal bersama GTA selepas meletakkan jawatan dalam parti.

“Perjuangan (Putra) hanya baru menempuh usia hampir empat tahun termasuk ketika penularan wabak Covid-19 selama duan tahun – boleh aktif hanya dua tahun.

“Terbukti yg tetap kekal bersama adalah yg telah teruji ketahanan jati diri perjuangan…dan bukan pada retorik di bibir mulut,” katanya lagi.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker