Sabah tenang tapi pergolakan belum selesai – Bung
Sabah tenang tapi pergolakan belum selesai – Bung
Walaupun Sabah sudah tenang susulan rombakan Jemaah Menteri, namun Ketua Umno Sabah Bung Moktar Radin berkata negeri itu masih bergelut dengan pergolakan politiknya.
Ini kerana, jelas Bung, pembentukan kerajaan negeri di peringkat awal hanya membabitkan antara Umno dan Perikatan Nasional (PN).
“Krisis politik memang tak boleh selesai. Walaupun di Sabah ini sudah tenang tetapi pergolakan dia masih belum selesai sebab pembentukan kerajaan di peringkat awal adalah daripada Umno dan PN.
“Ini juga menjadi satu persoalan. Tak mengapalah. Orang main politik, kita pun main politik,” katanya kepada media selepas ucapan dasar presiden sempena Perhimpunan Agung Umno 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).
Bung yang dilaporkan terbabit dalam usaha “menggulingkan” pentadbiran Hajiji Noor, digugurkan daripada jawatan timbalan ketua menteri selepas rombakan Jemaah Menteri Rabu lalu.
Beliau sebelum ini antara tiga timbalan ketua menteri yang juga menteri kerja raya.
Bung digantikan Shahelmey Yahya, ADUN Barisan Nasional (BN) Tanjung Keramat, yang akan menyandang dua portfolio itu.
Dua lagi ADUN BN yang sebelum ini memegang jawatan menteri turut digugurkan iaitu ADUN Sukau Jafry Ariffin dan ADUN Karambunai Yakub Khan.
Selain itu, Bung menegaskan tindakan beliau terhadap kerajaan Hajiji bukan berniat untuk “menggulingkan” pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) itu sebaliknya mahu memperbetulkan hala tuju politik negeri agar Sabah menjadi negeri yang mampu dibangunkan.
“Guling dengan membentuk kerajaan lain, guling ini berniat jahat (tetapi) tujuan kita ni nak perbetulkan hala tuju politik supaya rakyat dan Sabah menjadi sebuah negeri yang mampu untuk dibangunkan.
“Guling ini bermakna membinasakan… ada definisi berbeza, kita bukan mahu mengguling, kita mahu menentukan supaya rakyat Sabah mendapat tempat yang sebenarnya oleh pemerintah ketika ini,” katanya. FMT
Sabah tenang tapi pergolakan belum selesai – Bung
Baca Artikel Menarik:
- Zahid mahu Azalina laksana tugas berkait buku Thomas dengan segera
- Pencabar intai jawatan kabinet – Shahrir
- Hishammuddin mahu bertanding jika laluan terbuka
- Tindakan disiplin tak boleh semberono – Khaled
- Zahid akui ada usaha, gerakan singkir beliau
- ‘Saya boleh kata ‘poster boy’ perlu bertanggungjawab, tapi…’
- Siapa pun kemudi UMNO, kalau tak ikhlas karam semua -Shahril
- Promosi arak secara terbuka, Mufti Pulau Pinang bangkit tegur Kerajaan DAP
- “Saya Berzina Tapi Solat, Diterima Allah Atau Tak?”- Ini Jawapan Ustaz Abdul Samad
- ‘Kikislah suami anda sebelum orang lain kikis’ – Fatin Afeefa
- Asyraf Wajdi umum tidak pertahan Ketua Pemuda, rasa bertanggungjawab atas prestasi UMNO
- Anggota imigresen ugut bunuh bekas kekasih guna pedang samurai
- Malaysia pertimbang hentikan eksport minyak sawit kepada Kesatuan Eropah – Fadillah
Layari Laman Facebook MYKMU.NET