Pemuda PAS bulu dada pun tak ada – Mat Sabu

Pemuda PAS bulu dada pun tak ada – Mat Sabu

Kemampuan jentera PAS seluruh negara berbelanja ketika Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu dianggap tidak sepadan dengan kedudukan kewangan parti itu.

Presiden AMANAH, Mohamad Sabu, berkata sebagai bekas pemimpin kanan PAS, beliau tahu kedudukan kewangan sebenar parti itu.



Beliau yang juga Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan berkata, disebabkan itu Kerajaan Perpaduan ketika ini bertindak menyiasat PAS bagi memastikan wang dimiliki parti itu diperoleh secara telus.

“Dalam PRU lepas PAS paling banyak duit sekali. Saya naik hairan, aku (bekas) Timbalan Presiden PAS, bukan (jawatan) kecil. Ini Datuk Mahfuz Omar (bekas) Naib Presiden, tak akan kami tak tahu kewangan PAS macam mana.

“Saya dulu masa ceramah pernah bagi tahu pada Tun Dr Mahathir Mohamad, pemuda PAS bulu dada pun tak ada kerana panjat pokok kelapa nak pasang bendera.

“Ertinya bila nak pilihan raya, pakat masuk hutan cari buluh nak pasang bendera, sekarang mereka masuk PRU duit punya banyak. Adakah antara duit mereka ini datang dari duit judi? Sebab itu kita minta siasat dan kerajaan sekarang sedang siasat,” katanya.



Beliau berkata demikian pada Ceramah Karnival Jelajah Perpaduan Rakyat di Padang Awam, Taman Kota Nelayan, Kuala Kedah, malam tadi.

Turut hadir Timbalan Presiden AMANAH, Datuk Seri Salahuddin Ayub, Naib Presiden, Datuk Mahfuz Omar dan Timbalan Pengerusi AMANAH Kedah, Datuk Dr Ismail Salleh.

Mohamad berkata, ‘kemewahan’ yang dimiliki PAS pada PRU15 lalu juga menyebabkan UMNO turut terkejut apabila mereka sendiri tidak mampu berbelanja seperti yang dilakukan PAS.

“Bagaimana mereka punya banyak duit dalam PRU? UMNO pun hairan, UMNO dulu selalu guna banyak duit dan kita kata mereka, tetapi UMNO pun terkejut PAS banyak duit.



“Dengan wang dan propaganda bohong, mereka perangkap persepsi orang Melayu. Pembohongan mereka sebab ada kopiah putih, pakai serban maka orang percaya, padahal pembohong.

“Yang kuat bohong sekali presidennya, (Datuk Seri) Haji Abdul Hadi Awang. Dia seorang ulama tapi di penghujung usianya dia suka bohong dan pembohongannya itu orang Melayu percaya,” katanya. BH

Pemuda PAS bulu dada pun tak ada – Mat Sabu

Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul



Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker