BN fail petisyen cabar keputusan PRU15 kerusi dimenangi PN

BN fail petisyen cabar keputusan PRU15 kerusi dimenangi PN

Barisan Nasional (BN) akan memfailkan petisyen mencabar keputusan PRU15 di beberapa kerusi Parlimen dan Dewan Undangan Negeri (DUN) termasuk dimenangi Perikatan Nasional (PN).

Setiausaha Agung BN, Zambry Abd Kadir, berkata parti itu sudah mengenal pasti sejumlah kerusi akan terbabit dalam petisyen berkenaan dan ia dibuat berdasarkan asas kukuh.

“Memang ada kawasan yang akan kita failkan, nanti kita akan umumkan. Bila failkan tentu ada asas kita failkan.

“Jawatankuasa kita akan umumkan nanti. Kita dah kenal pasti beberapa tempat, jumlahnya secara tepat nanti akan diumumkan,” katanya kepada pemberita ketika melawat laman media Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2022 di Pusat Dagangan Dunia (WTC).

Terdahulu, wakil calon BN Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memfailkan petisyen di Mahkamah Tinggi Kota Bharu bagi mencabar keputusan PRU15 di Parlimen itu.

Petisyen difailkan 3 Jan lalu oleh Mohd Azmi Mahmood di Mahkamah Tinggi Kota Bharu, selepas mendakwa berlaku politik wang.

Terdahulu, FMT melaporkan sebanyak tujuh petisyen difailkan membabitkan keputusan PRU15 pada 19 Nov lalu termasuk kerusi Parlimen Gua Musang, menurut sumber.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan pegawai pengurus pilihan raya di kawasan terbabit dinamakan sebagai responden dalam semua tujuh petisyen itu. FMT

BN fail petisyen cabar keputusan PRU15 kerusi dimenangi PN

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wajah cantik, nasi lemak laku keras

Puteri Sarah sindir Syamsul

Zahid dah beritahu sedia untuk bertarung – Khairy

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker