Jika saya menang sebagai Presiden UMNO, saya tetap sokong Anwar
Bekas menteri kesihatan Khairy Jamaluddin berkata dia akan memastikan Umno tetap menyokong kerajaan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim jika dia – atau sekutunya – dipilih menjadi presiden parti.
Khairy sebaliknya berkata dia tidak menyokong “kaedah pintu belakang” untuk perubahan dalam pentadbiran, sambil menambah dia bahkan mahu kerajaan Anwar kekal dan stabil.
“Terdapat kebimbangan sekiranya berlaku perubahan dalam kepimpinan Umno, ia akan membawa ketidakstabilan politik yang akan membawa kepada kejatuhan kerajaan, satu lagi Langkah Sheraton, dan satu lagi kerajaan akan masuk dan seorang perdana menteri baru mengangkat sumpah.
“Loke, saya ingin menyatakan ini dengan jelas di hadapan semua orang di sini: jika saya atau sekutu saya memenangi jawatan presiden, memenangi kepimpinan parti saya, kami akan memberikan sokongan kami kepada kerajaan perpaduan, kepada Anwar Ibrahim, dan kepada anda,” katanya seperti dilapor FreeMalaysiaToday.
Bekas ahli parlimen Rembau itu bercakap pada forum anjuran Institut ISEAS-Yusof Ishak Singapura. Turut hadir ialah Menteri Pengangkutan Anthony Loke.
Sementara itu Khairy menganggap pemilihan Umno akan datang adalah sangat penting dan mungkin boleh membawa kepada pembaharuan kepada parti terbabit.
Katanya, ia akan menentukan sama ada Umno akan kekal relevan atau “bersemadi.”
Untuk rekod Khairy adalah antara nama yang disebut-sebut mungkin dicalonkan untuk jawatan presiden Umno dan ia desas-desus itu semakin kuat bertiup apabila dia dilihat tidak sependapat dengan pemimpin tertinggi parti itu, Ahmad Zahid Hamidi.
Malah keputusan parti memindahkan dia dari kerusi parlimen Rembau di Negeri Sembilan – yang dianggap selamat – ke Sungai Buloh dilihat seperti mahu mematikan kerjaya politik bekas menteri kesihatan terbabit.
Berdasarkan keputusan PRU ke-15 lalu ternyata Khairy gagal dalam cubaannya di kawasan kubu kuat PH berkenaan walaupun berjaya merapatkan jurang majoriti dengan ketara.
Dia kalah kepada calon PH, R Ramanan.
Walaupun tidak memberikan garis masa yang jelas pada Nov tahun lalu Khairy menegaskan dia tidak akan meneruskan cita-citanya dalam parti sebaik saja PRU ke-15 berakhir.
Bagaimanapun sebulan kemudian Khairy dilaporkan berkata, dia tidak menolak untuk mencabar Ahmad Zahid dalam pemilihan parti tidak lama lagi.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Fyna Jebat kini isteri Zainal Abidin Hassan
- Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf
- Krisis Sabah: Bung tunggu PM campur tangan, ‘bola masih bergolek’
- Pesanan Puteri Sarah kepada Ira Kazar, ‘semoga berjaya, jaga suami elok-elok’
- Terlupa tutup pintu kandang, penjaga zoo jadi arwah
- Lelaki sedang berehat terkejut melihat Ular Tedung Selar melingkar di bawah sofanya
- Ismail Sabri & Hishammuddin dijangka tidak rebut jawatan Presiden UMNO, KJ mungkin buat kejutan
- Bantah undang-undang pro-LGBTQ, wanita singkap skirt tunjuk ‘karipap’ [VIDEO]
- Mahathir dakwa Anwar tidak mampu urus negara
- Sejarah Dividen ASB dari tahun 1990 – 2022 [KEMASKINI]
- Tertekan dengan leteran isteri mahu anak dikhatankan, bapa ambil keputusan potong sendiri kemaluan anak
- Bapa rogol anak tiri ketika isteri ‘tidur mati’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Hubungan terlarang Ibu mentua dan menantu: ‘Kami tidak berzina, hanya curhat’
You must be logged in to post a comment.