PH serah DUN Tanjung Dawai kepada BN

Barisan Nasional (BN) diberikan laluan oleh Pakatan Harapan (PH) untuk meletakkan calon bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjung Dawai pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah, 12 Ogos ini.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan berikutan itu pucuk pimpinan parti telah memilih Ketua UMNO Bahagian Merbok, Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin sebagai calon untuk bertanding di DUN berkenaan.

“Dengan mandat yang diamanahkan oleh Pengerusi BN (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi), maka Datuk Shaiful Hazizy Zainol Abidin diumumkan sebagai calon bagi kerusi DUN N26, Tanjung Dawai Kedah, (mewakili) BN.



“Saya mewakili BN merakamkan penghargaan kepada PH atas semangat perpaduan dengan memberi laluan kepada BN untuk bertanding di kerusi DUN Tanjung Dawai,” katanya menerusi hantaran di Facebooknya, pada Isnin.

Pada majlis mengumumkan senarai penuh calon BN pada Jumaat lepas, Ahmad Zahid, yang juga Timbalan Perdana Menteri,memaklumkan BN akan bertanding di 108 kerusi DUN di enam negeri yang terlibat dengan PRN termasuk 15 kerusi DUN di Kedah.

Bagaimanapun, nama calon bagi DUN Tanjung Dawai tidak diumumkan pada malam berkenaan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Ogos ini sebagai hari mengundi bagi PRN Selangor, Negeri sembilan, Pulau Pinang, Kedah, Terengganu dan Kelantan.



Selain itu, Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu turut diadakan serentak pada hari berkenaan.Hari penamaan calon adalah pada 29 Julai dan hari mengundi awal pada 8 Ogos ini. – Bernama

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Bell dedahkan pernah dihina pengarah terkenal

Netizen Tak Puas Hati Sophia Albarakbah dinobat Aktres Filem Popular ABPBH35



Berani Buat Tahi – Shakilla Khoriri Cari Penghantar Emel

Netizen Terkejut Tengok Dress ‘Private Party’ Lana Nodin



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker