Nikah di Thailand, Majlis Agama Islam Selangor tidak iktiraf

SHAH ALAM: Majlis Agama Islam Selangor (Mais) tidak mengiktiraf mana-mana pernikahan pasangan tempatan di luar negara sekiranya pasangan itu tidak berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

Pengerusinya, Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata walaupun pernikahan itu sah di sisi Islam, setiap pasangan yang gagal mendaftar tetap tidak diiktiraf, dan ia sekali gus akan menimbulkan pelbagai masalah lain pada masa akan datang.

“Contohnya seperti urusan anak hendak berkahwin, susah jika perkahwinan ibu bapa tidak didaftarkan dan diiktiraf di Selangor…begitu juga berkaitan pembahagian harta pusaka,” katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan pelepasan Program Sumbangan Pasca Banjir MAIS serta anak syarikat ke Terengganu dan Kelantan.

“Ruang untuk bernikah di Malaysia terbuka luas, tiada masalah, malah kita juga mengadakan kursus perkahwinan yang tidak dilakukan oleh mana-mana negara, paling kurang pun mereka bertanya soalan rukun nikah atau tiada apa-apa,” tambahnya.

Selain itu, katanya Selangor juga tidak mengiktiraf apa-apa jenis pakej pernikahan di luar negara termasuk Thailand dan Indonesia.

Sementara itu merujuk kepada program hari ini, Aziz berkata, Mais menyumbangkan bantuan kewangan dan bahan makanan asas berjumlah RM200,000 bagi meringankan beban mangsa banjir di Kelantan dan Terengganu.

Menurutnya, Mais menyalurkan RM125,000, manakala baki RM75,000 disumbangkan oleh anak syarikat dan agensi dikelolakannya, iaitu Perbadanan Wakaf Selangor (PWS), Universiti Islam Selangor (UIS), Yayasan Islam Darul Ehsan (Yide), Bakti Suci Holdings Sdn Bhd (BSHSB) serta Teraju Ekonomi Asnaf Sdn Bhd (Teras).

Sumbangan itu disalurkan kepada Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (Maik) serta Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu (Maidam).

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat

 

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker