Kompaun parkir RM1,000 MPK, tak masuk akal

PETALING JAYA: Kira-kira 30 pemilik kenderaan terkejut dengan tindakan Majlis Perbandaran Klang (MPK) mengeluarkan kompaun bernilai RM1,000 kerana meletakkan kenderaan di padang di Dewan Eng Ann, Taman Eng Ann, Klang.

Harian Metro melaporkan pemilik meletakkan kenderaan mereka untuk menyaksikan pertandingan taekwondo peringkat daerah di dewan berkenaan.

Seorang pemilik kenderaan yang hanya mahu dikenali sebagai Nantharajan, 43, terkejut melihat kadar kompaun itu.



Katanya, kebanyakan mereka yang hadir adalah ibu bapa dari pelbagai sekolah di seluruh Klang dan kawasan itu adalah taman perumahan yang tiada papan tanda larangan memarkir kenderaan.

“Saya pelik kerana program yang dihadiri hari ini adalah hari cuti, iaitu Ahad. Jumlah kompaun itu sangat tidak masuk akal.

“Ini amat tidak adil kepada kami,” katanya.

Seorang lagi pemilik kenderaan yang dikenali sebagai Hafiz, 37, kecewa dengan sikap tidak bertimbang rasa MPK memandangkan padang itu hak milik awam dan terdapat akses jalan untuk parkir di kawasan pinggir padang.



“Sepatutnya penguat kuasa boleh memberi amaran dengan membuat pengumuman terlebih dahulu kerana kami hanya berada di dalam dewan,” katanya sambil memohon Yang Dipertua MPK mengambil tindakan sewajarnya susulan kadar kompaun tinggi yang disifatkannya tidak adil.

“Kami mohon MPK lebih bertimbang rasa. Jumlah RM1,000 bukanlah jumlah sedikit, bayangkan jika hampir semua kenderaan yang diparkir dikenakan kompaun.”

MPK ketika diminta mengulas berkata, ia akan berhubung dengan jabatan berkaitan bagi mendapatkan maklumat lanjut berhubung perkara itu.

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda



 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]



Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Ustaz Jakim kutuk Kerajaan Perpaduan disiasat



 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker