‘Jangan Cabar Suara Keramat Ahli UMNO!’- Mohd Yusof Ismail

"Inilah yang sepatutnya berlaku untuk menguatkan kembali imej UMNO.

‘Jangan Cabar Suara Keramat Ahli UMNO!’- Mohd Yusof Ismail

UMNO perlu memberi peluang kepada 150,000 perwakilan yang layak mengundi dalam pemilihan parti pada Perhimpunan Agung UMNO 2022 (PAU 2022).

Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd Yusof Ismail berkata, adalah wajar untuk tidak menyekat demokrasi dalam pemilihan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden.

“Inilah yang sepatutnya berlaku untuk menguatkan kembali imej UMNO.

“Rakyat melihat UMNO sebagai sebuah parti yang terbuka, sebab itu suka atau tidak suka, rela atau tidak rela, kita kena biarkan sahaja pertandingan jawatan Presiden dan Timbalan diadakan.

“Biarlah perwakilan tentukan siapa paling layak mengemudi parti selepas mengalami kekalahan teruk dalam Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu,” katanya dalam kenyataan di sini pada Sabtu.

Mohd Yusof menegaskan, sesiapa sahaja yang menang untuk dua jawatan tertinggi UMNO hendaklah diterima dan diberi sokongan sepenuhnya.

“Jangan buat keputusan sesuka hati tanpa sedikit pun menghormati ahli-ahli UMNO di akar umbi. Jangan cabar suara keramat ahli UMNO,” ujarnya.

Menurutnya, sesetengah ahli UMNO yang tidak mahu jawatan Presiden dan Timbalan Presiden dipertandingkan menggunakan alasan tidak mahu perpecahan atau mengelak parti menjadi porak-peranda.

“Namun hakikatnya, mereka inilah yang selama ini paling kuat memecah-belahkan parti, memporak-perandakan keluarga UMNO sampai rakyat naik muak dengan politiking UMNO.

“PRU14 UMNO kalah juga tetapi tidaklah seteruk kekalahan PRU15.

“Datuk Seri Najib Razak sebagai Presiden ketika itu letak jawatan termasuk Datuk Seri Hishammuddin Hussein sebagai Naib Presiden. Inilah namanya tanggung jawab kolektif,” katanya.

Tambah Mohd Yusof lagi, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi ketika itu memangku jawatan Presiden dan kemudian pemilihan diadakan yang mana Ahmad Zahid sendiri menyokong agar semua jawatan dipertandingkan.

“Berlaku lima penjuru lawan Presiden namun Ahmad Zahid tetap menang. Datuk Seri Mohamad Hasan pula menang Timbalan Presiden manakala Naib Presiden dimenangi Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, Datuk Seri Mahdzir Khalid dan Datuk Khaled Nordin.

“Tiada pun perpecahan dalam UMNO. Semua hormati dan terima keputusan kerana menang secara sah dan adil,” ujarnya.

Menurutnya, apa yang akar umbi harapkan hanyalah komitmen pasukan kepimpinan lima tertinggi ini meneruskan perjuangan untuk kembalikan zaman kegemilangan UMNO.

“Malangnya, bukan sahaja parti kalah, malah kalah lagi teruk berbanding PRU14. Bukannya kami tak hormat tetapi kalau itulah keadaannya, tidakkah tergerak di hati untuk berundur dan mengambil tanggungjawab?

“Setidaknya bukalah ruang untuk semua jawatan dipertandingkan. Apa nak takut?” soalnya.

Mohd Yusof berkata, pada pemilihan 2018, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Tengku Razaleigh Hamzah turut menentang Ahmad Zahid, walaupun tewas dalam pemilihan namun mereka tetap bersama UMNO.

“Khairy tetap terima untuk menjadi calon di Sungai Buloh, malah berjaya turunkan majoriti Pakatan Harapan (PH) daripada 26,000 kepada 2,000,” katanya.

Pada Khamis, media melaporkan Ahmad Zahid sedia dicabar oleh mana-mana calon dalam saingan kedudukan jawatan nombor satu UMNO pada pemilihan akan datang.

Menurutnya, sebelum ini kedudukan beliau pernah dicabar oleh dua calon, namun kombinasi undi tidak mampu menyainginya. – SH

‘Jangan Cabar Suara Keramat Ahli UMNO!’- Mohd Yusof Ismail

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda

 

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Myvi ‘selamba’ berhenti tengah jalan, acah-acah gengster bila kena tegur [VIDEO]

Lima ADUN BN Sabah bakal dikenakan tindakan – Bung Moktar

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker