Najib guna Derma Arab Saudi bantu mangsa banjir

Oleh Norzahira

DERMA pun tidak terlepas dari dipolitikkan pihak yang ketandusan idea untuk menganiaya musuh mereka. Tahap kezaliman golongan ini boleh dikatakan menyamai Yahudi yang tidak berhati perut.

Mungkin ramai yang lupa bahawa selain peruntukan dari agensi-agensi kerajaan, Datuk Seri Najib pernah menggunakan dana yang diterimanya dari Arab Saudi termasuk dari akaun bank Kementerian Kewangan Arab Saudi ke akaun bank atas namanya untuk bantuan banjir berskala besar bagi 4 tahun berturut dari tahun 2011 ke 2014 seperti didedahkan kenyataan syarikat Jakel.

Derma inilah juga yang digunakan untuk mendakwa Najib di mahkamah dengan pelbagai tuduhan yang tidak masuk akal. Malahan beliau juga dinafikan perbicaraan yang adil apabila bukti-bukti sahih dan relevan ditolak dengan sewenang-wenangnya.

Kini saksi-saksi penting yang perlu hadir di mahkamah menggunakan alasan cuti sakit yang dilihat sengaja dicipta untuk melengah-lengahkan kebenaran didedahkan kepada mahkamah dan rakyat.

Berbalik kepada derma yang diterima dari kerajaan Arab, ianya digunakan untuk membantu mangsa banjir. Pelbagai barang gantian Najib beri kepada mangsa-mangsa banjir termasuk peti sejuk, kain, pakaian, tilam, bantal, barangan elektrik dapur, TV dan lain-lain lagi.

Berpuluh ribu penerima bantuan banjir ketika itu merupakan saksi. Soalan cepumas untuk mereka yang menggelar Najib “penyamun”, berapa ringgit pula yang mereka sedekahkan?

Apa yang pasti, mereka ini tidak pernah memberi kepada rakyat. Malahan mereka yang menggelar Najib “penyamun” ini sebenarnya telah merompak harta dan wang rakyat dalam bentuk projek “Direct Nego” atas nama kroni dan keluarga terdekat.

Hidup ini, hati perlu bersih, tindakan perlu ikhlas kerana diakhir cerita, kita semua bakal diadili di mahkamah akhirat kelak.

 

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker