Larry Sng beri amaran pada ahli PBM jangan sertai Muafakat Nasional

PETALING JAYA: Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng memberi amaran kepada ahlinya tidak menyertai NGO, Muafakat Nasional.

Dalam hantaran di Facebook, beliau berkata, ahli parti didapati menyertai NGO itu akan dikenakan tindakan penggantungan termasuk keahlian dibatalkan.

Zuraida Kamaruddin yang dipecat PBM, kelmarin, menyertai NGO diasaskan bekas pemimpin Umno, Annuar Musa, pada 14 Dis.



Sng berkata, partinya menyokong kerajaan perpaduan dan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Katanya, PBM merupakan parti yang sejajar dengan komponen parti lain membentuk kerajaan hari ini dan ia perlu difahami penuh ahli parti

“Parti berkenaan (yang membentuk kerajaan hari ini) merupakan sekutu baharu PBM dan kedudukan kerajaan merupakan hala tuju parti.”

Ahli Parlimen Julau itu, berkata parti akan memberi tumpuan mempertahankan kerusi Parlimen dan tiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor (Sementa dan Lembah Jaya) dan di Sabah (Segama) dengan parti akan mengadakan kerjasama dengan sekutu memeterai pakatan pilihan raya.

Parti juga akan meneroka idea menyertai gabungan selepas enam bulan. “Walaubagaimanapun, perbincangan sedang berjalan.”



Sng berkata, beliau akan menjelajah ke seluruh negara pada Januari untuk bertemu dengan pemimpin parti bagi berbincang dan menjelaskan hala tuju parti, selain melantik ketua parti negeri tertentu.

“Kita akan memupuk pemimpin baharu dalam kalangan ahli. Mereka yang tidak gembira untuk kekal, dialu-alukan untuk keluar.”

Kelmarin, PBM memecat Zuraida dan 10 yang lain selepas gagal memberi maklum balas terhadap surat tunjuk sebab yang dikeluarkan, awal bulan ini.

Pemecatan itu susulan pertikaian antara Sng dan 11 Ahli Majlis Tertinggi yang digantung keahlian pada Oktober kerana didakwa tidak berdisiplin.



 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker