Pengetua Tahfiz kena pukul, dua beranak akhirnya ditahan polis [VIDEO]

Pengetua Maahad Tahfiz Al-Khalidiah, Ustaz Halim Din

IPOH – Seorang pendakwah terkenal yang juga pengetua sebuah maahad tahfiz di Kampung Sri Kinta di sini mengalami kecederaan selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku selepas mangsa bertemu dengan waris seorang remaja yang dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam maahad tahfiz berkenaan.

Pengerusi Persatuan Maahad Tahfiz Al-Quran Negeri Perak (Pematap), Datuk Mohd Azlan Suhaimi berkata, pihaknya memandang serius kes pencerobohan yang berlaku serta kes pukul sehingga mendatangkan kecederaan.

“Kami difahamkan satu laporan polis telah dibuat berhubung kejadian tersebut malah laporan perubatan juga telah diberikan pihak hospital mengenai kecederaan dialami oleh mangsa,” katanya dalam satu kenyataan yang di Facebook Pematap pada Isnin.



Kecederaan di kaki kiri dialami mangsa selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.
Kecederaan di kaki kiri dialami mangsa selepas dipukul dalam kejadian pada petang Ahad.

Beliau berkata, pihaknya menerima makluman mengenai tahfiz tersebut yang telah diceroboh oleh beberapa orang luar untuk bermain bola pada petang Ahad dan difahamkan pencerobohan tersebut bukanlah kali pertama.

Susulan tersebut katanya, mangsa telah ke rumah salah seorang yang terlibat untuk menasihati dan memberi teguran sebelum dimaki hamun, diserang, ditumbuk, dihalau, ditolak serta dipukul sehingga mendatangkan kecederaan.

Dalam pada itu, Mohd Azlan berharap pihak berkuasa bertindak sewajarnya kerana ia membahayakan pihak maahad tahfiz berkenaan.

Katanya, tindakan tegas perlu dilaksanakan supaya perkara seumpama itu tidak lagi berulang pada masa akan datang.



 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929



CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Wawasan Mahathir ditamatkan


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]



 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker