Ketua Kampung tertembak diri sendiri ketika memandu

Surasak cedera pada kaki dan lengan ketika kejadian. – Matichon dan Channel 3

BANGKOK – Seorang ketua kampung secara tidak sengaja tertembak kaki dan lengannya ketika memandu dalam kejadian di wilayah Phra nakhon Si Ayutthaya, tengah Thailand semalam, lapor laman berita Thaiger.

Balai Polis Phra Nakhon Si Ayutthaya menerima laporan mengenai satu kemalangan kereta pada pukul 12.22 pagi (waktu tempatan) di kuil Phra Si Sanpet.

Polis menemui sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) jenis Toyota Fortuner berwarna hitam yang merempuh pagar kuil.

Tempat duduk pemandu didapati berlumuran darah, manakala sepucuk senapang 11 kaliber dan 12 butir peluru ditemui di tempat duduk sebelah kiri. Senjata itu didapati tidak berdaftar.

Pemandu yang cedera, Surasak Prongfah, 37, terbaring di atas tanah di luar kereta itu.

Dia kehilangan banyak darah akibat luka tembakan tetapi masih boleh berkomunikasi dengan polis dan anggota penyelamat.

Surasak memberitahu polis bahawa dia adalah ketua kampung sebuah komuniti di wilayah Ang Thong. Dia sedang memandu pulang selepas melawat rakannya di Ayutthaya sebelum tertembak diri sendiri.

Senapangnya secara tidak sengaja melepaskan tembakan ketika dia sedang memandu. Dia kemudian terus memandu untuk ke hospital, tetapi tidak dapat menahan kesakitan dan merempuh pagar kuil.

Anggota penyelamat memberikan pertolongan cemas kepada Surasak di tempat kejadian dan memindahkannya ke Hospital Phra Nakhon Sri Ayutthaya untuk rawatan. Dia kini dalam keadaan selamat.

Polis merampas senjata itu dan mendakwa Surasak kerana memiliki senjata api tanpa kebenaran. – Agensi

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi


Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker