Cara Untuk Memulihkan UMNO… Taat Keputusan Parti – Mohd Puad

Cara Untuk Memulihkan UMNO… Taat Keputusan Parti – Mohd Puad

Salah satu cara untuk memulikan UMNO ialah dengan mematuhi segala keputusan parti, kata Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Mohd Puad Zarkashi.

Jelasnya, perkara ini sepatutnya dilakukan sejak parti itu hilang kuasa pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-14 yang lalu lagi.



“Sepatutnya perkara ini dilakukan sejak UMNO hilang kuasa pada PRU ke-14. Tetapi mereka tidak berbuat apa apa pun. Bahkan hampir merosakkan UMNO.

“Antara kesalahan besar mereka ialah suka buat keputusan sendiri, tidak ikut keputusan parti dan mewujudkan kluster sendiri. Itu tidak membantu parti yang ketika itu cuba dibunuh,” katanya menerusi hantaran di laman Facebooknya.

Menurut Mohd Puad, untuk memulikan UMNO perlulah untuk mengikut seperti resam padi, semakin berisi, semakin tunduk.

“Ada caranya kalau mahu pulihkan UMNO. Taat keputusan parti. Jangan memandai buat keputusan sendiri. Jangan buat SD sendiri. Ikut resam padi.



“Sebagai pemimpin buat cara memimpin. Bila sudah jadi ahli biasa, buatlah cari ahli biasa pula,” katanya lagi.

UMNO/Barisan Nasional (BN) mula mengalami kemerosotan undi sejak Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 apabila berlakunya tsunami politik Cina dan tsunami politik India pada PRU ke-13.

Bahkan, undi UMNO/BN terus merosot pada PRU ke-14 apabila buat kali pertama parti yang memerintah selama 61 tahun itu hanya memperoleh 79 berbanding 133 kerusi Parlimen pada PRU ke-13.



Pada PRU ke-15, saingan sengit berlaku apabila wujudnya sebuah gabungan baharu yang dilihat rakyat mampu untuk menggantikan perjuangan UMNO/BN iaitu Perikatan Nasional (PN).

Keputusan PRU ke-15 menyaksikan BN memperoleh 30 kerusi, PH (82), PN (73), GPS (23), Gabungan Rakyat Sabah (enam), Warisan (tiga), Bebas (dua) serta Parti Bangsa Malaysia dan Parti Kesejahteraan Demokratik Masyarakat masing-masing satu kerusi.

BN pada mulanya membuat keputusan untuk menjadi pembangkang, kemudian berkecuali dan akhirnya menyerahkan 30 kerusi untuk pertimbangan kebijaksanaan Yang di-Pertuan Agong untuk menentukannya seperti mana turut diputuskan oleh GPS dan GRS. – UMNO Online

Cara Untuk Memulihkan UMNO… Taat Keputusan Parti – Mohd Puad



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET

Bendung Inflasi: ‘Kalau rasa mahal elakkan beli’ – Menteri Ekonomi




Tikus jilat ayam goreng di Kedai Mamak, KKM minta maklumat lanjut [VIDEO]

 

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker