Tindakan biadap Martinez cemar malam gemilang Argentina

Tindakan biadap Martinez cemar malam gemilang Argentina

Doha: Penjaga gol Argentina Emiliano Martinez membuat isyarat biadap dengan anugerah Sarung Tangan Emas selepas dihadiahkan trofi untuk penjaga gol terbaik Piala Dunia selepas kejayaan mereka muncul juara menewaskan Perancis.

Penjaga gol Argentina itu mengejutkan peminat yang menyaksikan perlawanan akhir Piala Dunia apabila dia membuat isyarat lucah selepas menerima anugerah Sarung Tangan Emas berikutan prestasinya yang menyumbang kemenangan Argentina.

Argentina melakarkan kemenangan ke atas Perancis menerusi sepakan penalti selepas kedudukan terikat 3-3 sehingga masa tambahan tamat.

Martinez bertindak cemerlang dengan menyelamatkan percubaan di saat-saat akhir masa tambahan untuk membawa perlawanan ke penentuan penalti.

Selepas perlawanan dia dihadiahkan Sarung Tangan Emas, trofi yang diberikan kepada penjaga gol dengan rekod bersih terbanyak.

Dia kemudiannya memegang anugerah itu di pangkal pahanya dan membuat isyarat lucah semasa kembali menyertai rakan pasukan.

“Emi Martinez seorang yang sangat positif dan memberi tahu rakan pasukan dia akan menyelamatkan beberapa penalti,” dedah pengendali Argentina, Lionel Scaloni.

Namun tindakan Martinez ini menimbulkan rasa kurang senang dikalangan peminat sukan dunia.

“Dia tidak sepatutnya melakukan sesuatu yang bodoh untuk beberapa saat,” tulis bozo_is_lol.

“Biarkan dia bersendirian. Dia jelas mempunyai masalah kesihatan mental,” kata Anon32749.

Seorang lagi peminat turut memberi komen “Apa masalah dia. Maksud saya dia sudah menang Piala Dunia begitu juga dengan semua rakan sepasukan tetapi tiada seorang pun daripada mereka berlaga seperti kanak-kanak berusia 10 tahun.

“Ia adalah bodoh. Ia tidak matang. Tetapi ia lucu! Bayangkan melakukan ini di hadapan dua bilion orang!! Mengarut. Legenda,” komen Forfarfour-Fifefive. BH

Tindakan biadap Martinez cemar malam gemilang Argentina


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker