Tak sia-sia ‘lari rumah’

Tak sia-sia ‘lari rumah’

Remaja ini pernah nekad ‘melarikan diri’ ke ibu negara pada Julai 2020 selepas keluarga menghalangnya menjadi influencers atau pempengaruh media sosial TikTok.

Tindakan remaja berasal dari Ipoh, Perak itu tidak sia-sia apabila dia kini berjaya menjadikan pempengaruh sebagai kerjaya hingga mampu menjana pendapatan mencecah RM50,000 sebulan.

Bagaimanapun, Haikal, 23, atau nama sebenarnya Muhammad Haikal Irfan Othman, pulang ke rumah tiga bulan selepas itu bagi memohon maaf dan meminta restu.

“Selepas diberhentikan kerja sebagai cef pelatih di sebuah hotel di Ipoh, keluarga suruh saya mencari kerja tetap yang lebih terjamin. Tetapi saya tetap berkeras untuk menjadikan TikTok sebagai sumber pendapatan.

“Ahli keluarga memang tak setuju dengan keputusan saya. Disebabkan keras kepala, saya nekad lari dari rumah dan membawa diri ke Kuala Lumpur untuk menuntut ilmu seni kreatif selain peluang yang terbuka luas. Kenapa saya lari dari rumah juga, sebab berasakan diri ini abang sulung tak guna.

“Namun, tiga bulan selepas itu saya pulang kampung untuk memujuk dan meminta maaf kepada keluarga terutamanya kepada mak. Saya cakap tetap ‘berkeras’ menjadikan ini kerjaya selain berjanji akan buat mak bangga.

“Alhamdulillah, sekarang saya boleh tersenyum lebar dengan mampu menjana pendapatan mencecah sekurang-kurangnya RM10,000 sebulan. Malah pernah mencatat angka RM50,000,” katanya.

Berkongsi mengenai pembabitan awalnya sebagai TikTokers, Haikal berkata, dia mula berjinak-jinak dengan media sosial itu ketika pandemik Covid-19 pada 2020.

“Dulu saya belajar bidang kulinari dan mulakan kerjaya sebagai cef pelatih. Namun, sewaktu perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 1.0 (PKP 1.0) saya diberhentikan kerja dan pulang ke kampung duduk bersama keluarga.

“Pada masa itulah ‘cinta’ saya terhadap aplikasi TikTok berputik selepas bosan menganggur. Saya ‘godek’ satu persatu kelebihan yang ada dan pelajari macam mana cara nak mencari duit melalui platform itu.

“Tak disangka-sangka, baru dua bulan main TikTok, video saya tular dan itu menyuntik semangat untuk menghasilkan kandungan video lebih kreatif dan berkualiti,” katanya.

Kandungan TikTok Haikal berhubungkait dengan kehidupan orang kampung yang cuba memodenkan hidup.

Kini, Haikal boleh tersenyum bangga dengan deretan pencapaian dikecapinya.

Pada Jun tahun lalu, perjuangannya di medan media sosial itu terbalas apabila berjaya mengumpul sejuta pengikut.

Menurutnya, dia kini mensasarkan matlamat baharu untuk memastikan akaun miliknya diiktiraf oleh pemaju aplikasi itu menerusi pentauliahan lencana biru (verified).

Menariknya, ibunya, Noor Azimah Yusof, 46, juga sudah mula berjinak-jinak di TikTok dengan menghasilkan kandungan sendiri. HM

Tak sia-sia ‘lari rumah’


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN

Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker