Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
Restoran yang tular di media sosial kerana konsep layanannya yang lasak dan kurang ajar kepada pelanggan, Karen’s Diner baru sahaja dibuka di Jakarta, lapor portal berita Wolipop hari ini.
Ramai orang mengunjungi restoran itu berkongsi pengalaman mereka di media sosial. Namun, daripada video yang tersebar, ia mendapat kritikan daripada netizen.
Di Jakarta, restoran yang pertama kali dibuka di Australia itu bekerjasama dengan restoran burger tempatan di kawasan Panglima Polim.
Netizen menganggap konsep perkhidmatan Karen’s Diner tidak sesuai untuk dilaksanakan di Indonesia.
Menurut akaun Twitter @goodghan, konsep Karen’s Diner tidak sesuai dengan etika dan adab yang menjadi pegangan masyarakat Indonesia.
Sebabnya, dalam video yang dikongsi pengunjung, pelayan restoran itu dilihat bertengkar, memaki hamun, malah mencaci pelanggan.
Pelayan di Karen’s Diner juga pernah bergaduh dengan pesohor Youtube, Indira Kalistha. Mereka bergaduh sehingga menjerit sesama sendiri.
Kejadian itu turut dimuat naik oleh Indira di akaun YouTube dan Instagram miliknya yang turut mendapat pelbagai komen daripada netizen.
Menurut netizen, cara pelayan di Karen’s Diner Indonesia kelihatan tidak benar dan direka-reka.
Jika di luar negara, pelayan mereka sememangnya mempunyai perangai buruk, manakala di Indonesia pula timbul tanggapan membuli pelanggan.
Terdapat juga insiden di mana pelanggan mendapati makanan mereka diletakkan banyak sos dan dicampak. Ia dianggap netizen sangat berbeza dengan konsep asal Karen’s Diner. K Online
Restoran konsep ‘kurang ajar’ dibuka di Jakarta
Baca Artikel Menarik:
- Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia
- Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf
- Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu
- Musang king RM17 sekilogram
- Sherry Alhadad mohon maaf, video tuju diri sendiri
- UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN
- Pegawai bomba hiba keluarkan mayat dua beranak berpelukan
- Laluan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu ditutup kepada lalu lintas
- Lelaki maut pecah masuk rumah sendiri
- Blogger makanan maut ditikam rakan pesohor
- Dividen ASB 2022 rendah?
- MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi
- PN tidak puas hati, kini buat laporan polis terhadap MoU Kerajaan Perpaduan
- Akuarium gergasi meletup, cetus ‘tsunami’ di dalam hotel [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN
Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
You must be logged in to post a comment.