Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker
Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker
Ahli Parlimen Cameron Highlands Ramli Md Nor dan Ahli Parlimen Lanang dari DAP Alice Lau dilantik sebagai timbalan Yang dipertua Dewan Rakyat pada penggal pertama sidang Parlimen ke-15.
Speaker Johari Abdul ketika mengumumkan keputusan itu memberitahu, Ramli dari Barisan Nasional (BN) menerima 148 undi manakala Alice mendapat 146 undi.
Calon dari Perikatan Nasional yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah Mas Ermieyati Samsudin pula menerima 74 undi.
Ramli, Orang Asli pertama menjadi Ahli Parlimen dan Alice dicalonkan oleh Perdana Menteri Anwar Ibrahim sementara Mas Ermieyati dicadangkan oleh Ahli Parlimen Kota Bharu Takiyuddin Hassan.
Pada proses pengundian berlangsung hampir 30 minit itu, semua 222 Ahli Parlimen diberi satu kertas undi untuk ditulis dua nama calon yang dipilih dan ditandatangan, sebelum kiraan undi dibuat.
“Mana-mana Ahli Parlimen yang mengundi lebih dua nama, undi anda akan dikira rosak,” kata speaker.
Terdahulu, Johari yang juga bekas Ahli Parlimen Sungai Petani dipilih sebagai speaker selepas mendapat undian tertinggi Ahli Parlimen.
Beliau mendapat 147 undi sementara calon dari Perikatan Nasional (PN), bekas menteri dalam negeri Radzi Sheikh Ahmad hanya memperoleh 74 undi. FMT
Ramli, Alice dilantik Timbalan Speaker
Baca Artikel Menarik:
- Messi ketuai ‘kuda tua’ tinggalkan Piala Dunia
- Tiada keperluan usul undi percaya terhadap PM – Asyraf
- Johari Abdul dipilih jadi speaker baharu
- Musang king RM17 sekilogram
- Sherry Alhadad mohon maaf, video tuju diri sendiri
- UMNO ditalkinkan awal jika bersama PN
- Pegawai bomba hiba keluarkan mayat dua beranak berpelukan
- Laluan utama Kuala Terengganu-Kota Bharu ditutup kepada lalu lintas
- Lelaki maut pecah masuk rumah sendiri
- Blogger makanan maut ditikam rakan pesohor
- Dividen ASB 2022 rendah?
- MoU dengan Ismail pun mesti sokong belanjawan, kenapa tak pertikai – Fahmi
- PN tidak puas hati, kini buat laporan polis terhadap MoU Kerajaan Perpaduan
- Akuarium gergasi meletup, cetus ‘tsunami’ di dalam hotel [VIDEO]
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
PRU-15 telah berlalu, PN jangan buang masa hasut ahli Parlimen BN
Selepas Dato’ Jamal, Ummi Nazeera pula tolak MN pimpinan Annuar Musa
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]