Suami sanggup tipu kematian sendiri semata-mata mahu lari daripada Isteri

BANGKOK – Seorang lelaki Thailand sangat membenci isterinya sehinggakan sanggup memalsukan kematian diri sendiri untuk lari daripada belenggu wanita itu, lapor portal berita Thaiger.

Pada mulanya, suami berusia 35 tahun bernama Bird dari bandar Udon Thani, timur laut Thailand itu meninggalkan nota bunuh diri kepada isterinya pada 13 Disember lalu.

Dalam nota tersebut, Bird berkata, dia tidak tahan dengan sikap isterinya dan menambah, dia membawa anak lelaki mereka bersamanya.

Pada malam Selasa lalu, seorang penduduk yang pergi bersenam di Taman Awam Nong Prachak menemui dua pasang selipar milik seorang dewasa dan seorang kanak-kanak dekat tasik di taman itu.



Dia turut menemui nota bunuh diri di bawah satu selipar tersebut dan melaporkan penemuannya kepada polis, manakala pasukan penyelamat dikerah untuk mencari mayat mereka. Namun, misi menyelamat gagal menemui mayat mangsa dan operasi mencari dihentikan.

Dua pasang selipar ditinggalkan sekaligus mencetuskan spekulasi bahawa seorang suami dan anaknya membunuh diri di sebuah tasik di Taman Awam Nong Prachak baru-baru ini. – Foto Thaiger

Penguasa Udon Thani, Aree Sinsutha kemudian melaporkan kepada media bahawa beliau menerima panggilan telefon daripada isteri lelaki hilang itu bahawa kisah bunuh diri dia dan anaknya sengaja direka-reka.

Wanita itu berkata, Bird kehilangan pekerjaannya dan bertengkar dengan dirinya. Wanita dikenali sebagai Nid itu menambah, Bird bertindak meninggalkannya untuk tinggal bersama kekasih baharu.

Menurut wanita itu, dia melihat kedua-dua mereka kelihatan sangat gembira ketika hidup bersama.



Polis cuba mencari Bird untuk mengesahkan kes tersebut tetapi tidak berjaya menemuinya. – Agensi

 

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker