Ketahui Gambaran ‘Titian Sirat’ Di Akhirat Kelak Dan Amalan Untuk Dipermudah Lalu Di Atasnya

Lebih Tajam Daripada Pedang!

Ketahui Gambaran ‘Titian Sirat’ Di Akhirat Kelak Dan Amalan Untuk Dipermudah Lalu Di Atasnya

ALLAH menggambarkan sebahagian keadaan titian di akhirat kelak supaya menjadi iktibar kepada umat manusia di dunia.

Titian ini digambarkan oleh para ulama sebagai sebuah jambatan yang di atasnya kaki-kaki terpeleset dan tidak dapat berdiri dengan tegak disebabkan oleh keadaannya yang berduri-duri.



Ia dikelilingi oleh para malaikat yang membawa gancu. Mereka menggunakannya untuk menjatuhkan orang yang ingkar akan suruhan Allah ke lembah api neraka.

1) Licin menggelincirkan

Maksudnya: Kemudian didatangkan jambatan lalu dibentangkan di atas permukaan neraka jahanam. Kami (para Sahabat) bertanya: “Wahai Rasulullah, bagaimana (bentuk) jambatan itu?”. Jawab beliau, “Licin (lagi) mengelincirkan. [HR al-Bukhari, 7001]”

2) Lantai yang mencangkuk

Maksudnya: Pada sirat itu, terdapat pencangkuk-pencangkuk seperti duri pohon Sa’dan. Pernahkah kalian melihatnya? Para Sahabat menjawab: “Pernah, wahai Rasulullah. Maka ia seperti duri pohon Sa’dan, tiada yang mengetahui ukuran besarnya kecuali Allah. Maka ia mencangkuk manusia sesuai dengan amalan mereka”. [HR Muslim, 195]

3) Halus daripada rambut

Para ulama menyebutkan pula bahawa sirat tersebut lebih halus daripada rambut, lebih tajam daripada pedang, dan lebih panas daripada bara api, licin dan mengelincirkan. Abu Sa’id RA berkata:

Maksudnya: “Sampai kepadaku khabar bahawa sirat itu lebih halus dari rambut dan lebih tajam dari pedang.” [HR Muslim, 302]



Antara amalan yang boleh dilakukan agar urusan kita dipermudahkan di titian sirat adalah dengan melazimi masjid.

Imam al-Ghazali pula berkata: “Dan hendaklah beriman bahawa titian sirat itu benar. Ia jambatan yang terbentang di atas perut neraka jahanam. Ia lebih tajam daripada pedang, lebih halus daripada rambut.

Ia menggelincirkan kaki-kaki orang kafir dengan ketentuan Allah, lalu menjerumuskan mereka ke dalam neraka. Dan ia menetapkan kaki-kaki orang Mukmin dengan rahmat Allah, lalu mereka diiringi ke syurga. [Qawa’id al-‘Aqaid, hlm. 66]

Begitulah Nabi SAW menggambarkan titian sirat yang menggerunkan. Pastinya tidak ada yang terlepas daripada melalui titian ini. Nabi SAW menitipkan beberapa amalan yang boleh dilakukan agar urusan kita dipermudahkan di titian sirat. Pertama, dengan melazimi masjid seperti yang disabdakan oleh baginda:

Maksudnya: “Masjid itu adalah rumah setiap orang yang bertakwa, Allah memberi jaminan kepada orang yang menganggap masjid sebagai rumahnya, bahawa ia akan diberi ketenangan dan rahmat serta kemampuan untuk melintasi sirat mustaqim menuju keredaan Allah, yakni syurga” [HR Tabarani, 6143] – Al-Bazzar menilai sanadnya dengan hasan.



Kedua, memperbanyakkan sedekah dapat mempermudahkan urusan seseorang ketika melintasi titian sirat. Nabi SAW bersabda:

Maksudnya: “Barangsiapa memperbaik sedekahnya, maka dia akan melintas di atas sirat dengan mudah.” Rujuk, Hilyah Auliya’, jld. 3, hlm. 220 – Abu Nuaim menilai hadis ini sebagai Gharib.

Kesimpulannya, wahyu Allah telah memberi gambaran jelas tentang akibat balasan baik dan buruk. Justeru mereka yang gagal mengambil iktibar dan peringatan daripada panduan ini pastinya akan berasa rugi di hadapan Allah kelak.

Tuntas, teruslah melalui jambatan dunia yang melelahkan andai dengan kelelahan itu menyebabkan kita dapat memilih untuk melintasi titian akhirat dengan jiwa dan hati yang tenang.



***Dr. Nur Mohammad Hadi Zahalan (Hadi Almaghribi) ialah penceramah bebas dan selebriti TV Al-Hijrah dan boleh diikuti di laman Instagram dan Facebook 

Ketahui Gambaran ‘Titian Sirat’ Di Akhirat Kelak Dan Amalan Untuk Dipermudah Lalu Di Atasnya

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);



KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:



Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker