Habuan lumayan buat Juara Piala Dunia Qatar 2022
PARA peminat mula mencongak pasukan yang bakal muncul juara Piala Dunia Qatar 2022, menjelang sepak mula yang menemukan juara bertahan Perancis dan Argentina pada jam 11 malam ini.
Di sebalik kemeriahan final di Stadium Lusail itu, para peminat boleh berkira-kira habuan lumayan yang bakal dibawa pulang sang juara dan pasukan-pasukan lain.
Selain bergelar juara, pemenang bakal membawa pulang AS$42 juta (RM185 juta), manakala pasukan yang tewas masih boleh tersenyum dengan habuan AS$30 juta (RM132 juta).
Edisi 2022 menampilkan 32 pasukan dari pelbagai negara di seluruh dunia.
Sebanyak 13 negara dari Eropah, lima pasukan Afrika, empat negara Amerika Utara, empat negara dari Amerika Selatan dan enam negara dari Asia.
Pasukan yang tersingkir di peringkat kumpulan termasuk tuan rumah, Qatar, Ecuador, Wales, Iran, Mexico, Arab Saudi, Denmark, Tunisia, Kanada, Belgium, Jerman, Costa Rica, Serbia, Cameroon, Ghana dan Uruguay – semuanya memperoleh AS$9 juta (RM39 juta) setiap satu pasukan.
Pasukan yang berjaya mara ke pusingan 16 kalah mati termasuk Amerika Syarikat, Senegal, Australia, Poland, Sepanyol, Jepun, Switzerland, Korea Selatan bakal memperoleh AS$13 juta (RM57 juta).
Empat pasukan yang tersingkir di pusingan suku akhir seperti England, Portugal, Belanda dan Brazil membawa pulang AS$17 juta (RM75 juta).
Maghribi yang menamatkan perlawanan di tempat keempat memperoleh AS$25 juta (RM110 juta), manakala Croatia memperoleh AS$27 juta (RM119 juta).
Bagi kapten Argentina, Lionel Messi dan penyerang sensasi Perancis, Kylian Mbappe serta 20 pemain lain, wang bukan buruan utama tetapi gelaran juara lebih berharga.
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]