Khairy akan putuskan segera tawaran Muhyiddin

Khairy akan putuskan segera tawaran Muhyiddin

Bekas ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata beliau akan putuskan segera sama ada menerima tawaran sebagai ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) BERSATU.

Khairy yang juga bekas menteri kesihatan berkata, beliau berasa adalah tidak adil membiarkan pihak yang membuat tawaran menunggu terlalu lama.



“Justeru, dalam masa terdekat saya akan sampaikan keputusan kepada (Presiden BERSATU) Tan Sri Muhyiddin Yassin,” katanya selepas program Designing the Future bertajuk ‘What’s Next For Malaysia’ yang diadakan di UCSI University Campus Kuala Lumpur hari ini.

Beliau mengulas kenyataan Timbalan Presiden BERSATU, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu semalam yang menasihatkan Khairy supaya tidak terlalu lama menjawab tawaran parti itu.

Pada 17 Mei lalu, Muhyiddin umum mengenai tawarannya kepada Khairy menjadi ahli MPT BERSATU selepas mendapat persetujuan pimpinan parti yang lain.

Muhyiddin dilaporkan berkata, partinya mempunyai dua kekosongan jawatan berkenaan tanpa niat ‘mengumpan’ bekas Ahli Parlimen Rembau itu.



Pada 22 Mei, Khairy meminta diberi masa bagi mempertimbang tawaran menjadi MPT BERSATU kerana bukan mudah membuat keputusan berhubung tawaran berkenaan.

“Saya harap mereka yang membuat tawaran itu kepada saya dapat memberi saya sedikit masa lagi untuk memikirkan perkara ini… terima kasih kepada Muhyiddin yang secara umum menzahirkan perkara ini.

“Bila kita ada peluang kedua untuk memilih parti politik, saya tidak ambil ringan keputusan ini, bukan kerana Pilihan Raya Negeri (PRN) akan berlangsung bila-bila masa.

“Saya nak pilih dengan rela hati bukan nak jadi calon, sebab parti itu mewakili nilai dan pendirian politik saya. Jadi saya perlukan masa, bukan saya kata ‘no’ (tidak) kepada tawaran Tan Sri Muhyiddin Yassin (Presiden BERSATU) pada podcast kali ini.



“Saya nak menjelaskan kepada orang ramai dan pendengar yang peduli mengenai hal ini,” katanya. BH

Khairy akan putuskan segera tawaran Muhyiddin

Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET



Berebut bilik tidur punya hal, warga emas tetak mati pasangan

Gadis dibunuh dan dibakar, keluarga dedah perilaku mangsa



Hannah Delisha posing mendada

Ronaldo kini raikan jaringan dengan sujud syukur [VIDEO]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker