Malaysia terima 14,306 kuota haji tahun ini, 45% daripada biasa

Malaysia terima 14,306 kuota haji tahun ini, 45% daripada biasa

Malaysia diberikan 14,306 kuota haji bagi tahun ini, iaitu 45% daripada kuota tahunan biasa kerana kerajaan Arab Saudi menetapkan hanya sejuta jemaah haji untuk musim ini berbanding 2.5 juta orang pada 2019.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad dalam pengumuman langsung menerusi Facebook berkata, semua negara lain turut diberikan kuota sama 45%.

Katanya, kuota 14,306 jemaah yang diterima Malaysia itu berkurangan daripada 31,600 jemaah yang dibenarkan pada 2019.

Beliau berkata, Arab Saudi turut menetapkan beberapa syarat, iaitu hanya jemaah haji berusia 65 tahun ke bawah, tiada penyakit kronik dan mempunyai sijil vaksinasi Covid-19 dibenarkan menunaikan Rukun Islam kelima itu tahun ini.

Selain itu, mereka perlu mengemukakan keputusan negatif ujian PCR dalam tempoh 72 jam sebelum berlepas.

“Ini (kuota jemaah haji 2022) sudah tentunya berikutan penilaian dan langkah berjaga-jaga demi memastikan kesihatan dan keselamatan semua jemaah haji dari seluruh dunia.

“Bagi pihak kerajaan Malaysia, saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih kepada kerajaan Arab Saudi dengan jumlah kuota diberikan kepada jemaah haji Malaysia,” katanya. FMT

Malaysia terima 14,306 kuota haji tahun ini, 45% daripada biasa


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker