Hutan hampir seluas Singapura akan dimusnah di Semenanjung, kata NGO

Hutan hampir seluas Singapura akan dimusnah di Semenanjung, kata NGO

Sekurang-kurangnya 72,584.73ha hutan di Semenanjung Malaysia akan dimusnahkan dalam masa terdekat, iaitu kira-kira tiga kali ganda saiz Kuala Lumpur atau hampir seluas Singapura, menurut kumpulan alam sekitar.

Dalam penemuannya bagi 2021, Rimba Disclosure Project (RDP) mendakwa, sejumlah 86 penilaian kesan alam sekitar (EIA) membabitkan tanah berhutan telah diluluskan, 28 penyenaraian hutan untuk dijual dikenal pasti dan satu projek melibatkan pemusnahan hutan sedang berjalan.

“Sebelum ini kami menggesa agar pihak berkuasa negeri menjalankan siasatan berkaitan dakwaan penyenaraian hutan untuk dijual, tetapi setakat yang kami tahu, tiada tindakan diambil,” katanya dalam kenyataan.

Sebanyak 71% daripada EIA yang diluluskan membabitkan ladang hutan dan 24,973.76ha telah diluluskan bagi pemusnahan hutan di dalam hutan simpan kekal.

“Tidak seperti hutan semula jadi di Malaysia yang boleh menampung lebih 200 spesies pokok sehektar, ladang hutan hanya mempunyai satu spesies,” kata RDP.

“(Ini) menjejaskan keupayaan mereka untuk menyokong biokepelbagaian, menyerap karbon, mengurangkan banjir dan menyediakan perkhidmatan ekosistem kepada masyarakat tempatan dan ekonomi yang lebih luas secara keseluruhan.”

RDP menyeru agar institusi kewangan memainkan peranan dan mengiktiraf hubungan antara biodiversiti dan krisis iklim, serta “segera memutuskan semua aliran kewangan ke arah pemusnahan hutan”.

Ia berkata, Bank Negara Malaysia (BNM) turut menyuarakan kebimbangan yang sama mengenai kesan pemusnahan hutan terhadap ekonomi.

Dalam senario yang menyaksikan sebahagian ekosistem musnah, Malaysia boleh mengalami kerugian tahunan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) sebanyak 6% menjelang 2030, katanya.

FMT telah menghubungi Jabatan Perhutanan untuk mendapatkan komen.

Hutan hampir seluas Singapura akan dimusnah di Semenanjung, kata NGO


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Rafizi Berdepan Saman Berkaitan Sapura

Menantu baru tak bangsat – Chef Wan

Chef Ammar dakwa gerainya ditutup kerana disihir

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker