Tiada tempat dalam PBM untuk ahli yang sokong PN – Sng

Tiada tempat dalam PBM untuk ahli yang sokong PN – Sng

Presiden Parti Bangsa Malaysia (PBM) Larry Sng memberi amaran kepada ahli parti itu supaya tidak menyokong Perikatan Nasional (PN), dan menegaskan PBM menyokong kerajaan perpaduan Anwar Ibrahim.

Sng yang juga Ahli Parlimen Julau dan satu-satunya wakil PBM di Dewan Rakyat berkata: “Tiada tempat untuk ahli parti yang memilih untuk menyokong PN”. Katanya, pendirian PBM adalah menyokong kerajaan hari ini.



Anggota PBM yang juga bekas Ahli Parlimen Ampang Zuraida Kamaruddin baru-baru ini diumumkan sebagai ahli majlis tertinggi Muafakat Nasional, sebuah NGO yang ditubuhkan Annuar Musa, bekas pemimpin Umno.

Dua hari lalu, Sng berkata, Zuraida menggunakan Muafakat Nasional sebagai “batu loncatan” untuk cita-cita politiknya.

Ahli majlis tertinggi Muafakat Nasional terdiri daripada 30 individu termasuklah bekas Ahli Parlimen Tanjong Karang dari Umno, Noh Omar, anggota jawatankuasa pusat PAS, Zuhdi Marsuki, Redzuan Yusof dari Bersatu, bekas Ahli parlimen Segamat Edmund Santhara Kumar yang juga timbalan presiden PBM.

Annuar yang juga bekas setiausaha agung Umno dipecat dari parti itu pada minggu lalu. Beliau sebelum ini dilabel sebagai “mesra Bersatu” kerana cuba menyatukan Umno bersama PAS dan Bersatu. FMT



Tiada tempat dalam PBM untuk ahli yang sokong PN – Sng


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker