Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa korban tanah runtuh

Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa korban tanah runtuh

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim mengumumkan bantuan tunai RM10,000 untuk keluarga mangsa korban dalam tragedi tanah runtuh di Batang Kali.

Katanya, bantuan wang ihsan sebanyak RM1,000 pula untuk ketua isi rumah mangsa terselamat.

“Agensi Pengurusan Bencana Negara dan Jabatan Perdana Menteri akan menyalurkan peruntukan itu kepada setiausaha kerajaan negeri (SUK) Selangor selaku pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri.

“SUK Selangor akan menyalurkan bantuan itu terus kepada mangsa,” katanya ketika meninjau operasi mencari dan menyelamat di tempat kejadian malam ini.

Rekod pendaftaran pengusaha menunjukkan terdapat 94 pengunjung di tiga tapak perkhemahan itu ketika tanah runtuh berlaku, dengan 61 daripadanya terselamat.

Angka korban mencecah 21 orang setakat ini, dengan operasi mencari 12 lagi mangsa hilang masih diteruskan di lokasi runtuhan di Jalan Batang Kali. FMT

Bantuan RM10,000 untuk waris mangsa korban tanah runtuh


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker