Tanah runtuh: Bapa bimbang dan sedih, anak lelaki dan perempuan tidak dijumpai

Bapa mangsa tanah runtuh, Choo ditemui pemberita di Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh, hari ini.

SUNGAI BULOH – Seorang bapa meluahkan perasaan bimbang dan sedih apabila masih menantikan penemuan anak lelakinya yang terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, hari ini.

Dia yang hanya mahu dikenali sebagai Choo, 60, berkata, kejadian tersebut melibatkan dua anaknya iaitu seorang lelaki dan perempuan masing-masing berusia 32 dan 31 tahun.

Katanya, dia telah membuat pencarian kedua-dua anaknya itu sebaik sahaja menerima panggilan berhubung kejadian pada pukul 8 pagi tadi.

Menurutnya, setakat ini, anak perempuan kini berada di Hospital Selayang untuk rawatan lanjut, manakala anak lelakinya masih belum ditemui.



“Berdasarkan maklumat, saya difahamkan bahawa anak lelaki saya sudah menaiki ambulans dari tempat kejadian, namun tidak pasti dihantar ke mana.

“Hal itu membuatkan saya risau (kerana) belum jumpa dari pagi sampai sekarang,” katanya ketika ditemui selepas keluar dari Jabatan Forensik Hospital Sungai Buloh di sini hari ini.

Choo yang berasal dari Kepong berkata, dia kini akan ke Hospital Kuala Lumpur bagi mengesan anak lelakinya itu.

“Saya sudah pergi Hospital Kuala Kubu Baru, Selayang dan cari di sini (Hospital Sungai Buloh) pun tidak jumpa. Saya akan terus cari di hospital yang lain,” ujarnya.



Sebelum ini, Kosmo! melaporkan seramai 94 mangsa terlibat dalam insiden tanah runtuh di Batang Kali, Hulu Selangor, hari ini.

Daripada jumlah itu, seramai 21 mangsa disahkan maut setakat pukul 7.30 malam tadi manakala baki 12 mangsa masih belum ditemui.

 

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392



Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda




Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’



Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker