Malaysia Antara 5 Negara Terbaik Tersenarai Bagi Anugerah Gold Circle Agoda ke-14

Malaysia Antara 5 Negara Terbaik Tersenarai Bagi Anugerah Gold Circle Agoda ke-14

MALAYSIA mendapat pengiktirafan serantau apabila muncul dalam senarai lima negara terbaik menerusi 174 premis penginapan bagi Anugerah Gold Circle Agoda (GCA) ke-14, anjuran platform percutian digital itu.

Anugerah tahunan tersebut diberikan kepada premis penginapan yang berjaya membuktikan kecemerlangan dari segi nilai, harga, perkhidmatan dan fleksibiliti yang ditawarkan kepada tetamu.

Ia dianugerahkan kepada lebih 2,000 premis penginapan di 41 buah pasaran, susulan pembukaan semula pelancongan antarabangsa di seluruh dunia.

Premis penginapan atau hotel-hotel ini telah bekerjasama secara proaktif dengan Agoda untuk sentiasa merebut peluang yang tersedia kepada para rakan niaga dan menetapkan tanda aras baharu bukan sahaja untuk mereka sendiri tetapi juga untuk industri.

Menurut Naib Presiden Perkhidmatan Rakan Niaga Agoda, Liyana Jamil, Anugerah Gold Circle telah memberi peluang kepada Agoda untuk mengiktiraf rakan niaga yang memajukan perkhidmatan dan hospitaliti.

“Anugerah Gold Circle juga meneruskan tradisi untuk membantu pasukan Agoda di seluruh dunia untuk menilai perubahan dinamik industri, menghasilkan produk dan perkhidmatan yang lebih baik, serta memacu amalan inovasi kami dengan lebih berkesan,” katanya.

Sementara itu, Thailand berjaya mengekalkan kedudukan teratas selama empat tahun berturut-turut, diikuti oleh Taiwan yang melonjak ke tempat kedua, dan Jepun di tempat ketiga.

India memasuki senarai 10 terbaik buat kali pertama manakala Korea Selatan, Amerika Syarikat, Indonesia, Filipina dan Vietnam mengekalkan kedudukan masing-masing dalam senarai sepuluh terbaik tersebut.

Para pemenang akan dipaparkan di laman khas Agoda (tersedia pada 1 Disember hingga 31 Disember 2022) dan menerima lencana digital Anugerah Gold Circle sebagai penghormatan, bersama-sama Agoda Growth Express (AGX), kredit khas untuk meningkatkan pemasaran di laman web tersebut.

Malaysia Antara 5 Negara Terbaik Tersenarai Bagi Anugerah Gold Circle Agoda ke-14

Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]

Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Tanah runtuh: ‘Saya masih ‘shaking’

Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’

Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker