Capaian internet lemah di lokasi tragedi, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif
Capaian internet lemah di lokasi tragedi, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif
Empat syarikat utama telekomunikasi negara telah diarah untuk ke lokasi tanah runtuh di tapak perkhemahan di Father’s Organic Farm di sini bagi meninjau masalah capaian Internet yang lemah dan mencari penyelesaian terbaik bagi mengatasinya.
Menurut Jurucakap Jabatan Penerangan Malaysia (JaPen), Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia serta empat syarikat telekomunikasi negara iaitu Maxis, Digi, Celcom dan UMobile telah turun meninjau lokasi kejadian pada 2 petang tadi untuk memasang parabola masing-masing.
“Bagaimanapun, memandangkan kawasan yang sangat terhad, ia menyukarkan mereka untuk mendapatkan tempat bagi pemasangan antena,” katanya kepada Bernama malam ini.
Beliau berkata hasil perbincangan, hanya Maxis akan memasang parabola terlebih dahulu sebelum Pusat Media JaPen berkongsi sambungan Wi-Fi kepada semua pengamal media yang berkampung di lokasi kejadian sejak pagi tadi.
Katanya Telekom Malaysia juga dalam proses memasang alat pemancar untuk memberi kemudahan sambungan Wi-Fi namun kestabilan capaian Internet bergantung kepada jarak ia dipasang dari lokasi tragedi.
Puluhan pengamal media yang membuat liputan tragedi itu berdepan masalah mendapatkan akses capaian Internet bagi melaporkan perkembangan terkini berhubung insiden tersebut.
Keadaan itu memaksa beberapa wartawan berjalan kaki sejauh satu kilometer dari pusat media yang disediakan JaPen untuk mendapatkan akses Internet untuk menghantar laporan ke pejabat masing-masing.
Selain itu, pemerhatian Bernama mendapati ada segelintir pengamal media terpaksa menumpang motosikal dan kenderaan pacuan empat roda petugas keselamatan untuk ke tempat tinggi bagi mendapatkan capaian Internet.
Setakat 8 malam, Timbalan Perdana Menteri Ahmad Zahid Hamidi mengesahkan 21 mayat telah dijumpai, 12 masih hilang manakala 61 lagi mangsa berjaya diselamatkan.
Insiden tanah runtuh melibatkan Father’s Organic Farm pada 2.42 pagi itu memerangkap seramai 94 individu termasuk pekerja tapak perkhemahan berkenaan. FMT
Capaian internet lemah di lokasi tragedi, syarikat telekomunikasi diarah cari alternatif
Baca Artikel Menarik:
- Mangsa gangguan seksual pensyarah mengeluh tunggu keadilan
- Empat ADUN gagal cabar undang-undang antilompat parti
- Tapak khemah Batang Kali tiada lesen – Nga
- Ke mana duit MPN dibelanjakan?
- Habib Shah Firdaus ditahan
- Alif Satar tak sangka Mufti Menk solat di sebelahnya
- Mahkamah perintahkan kerajaan bayar RM5 juta kepada keluarga Altantuya
- Tanah runtuh di Father’s Organic Farm: 2 maut puluhan lagi tertimbus
- Kritikal bagi Anwar peroleh sokongan majoriti dua pertiga – penganalisis
- Pesta buih di hotel mewah berjaya di halang JAINJ
- Kanak-kanak lelaki maut selepas kepalanya terjulur keluar dari bas
- Elfira Loy dedah lirik lagu tarian Wednesday
- Bekas ratu cantik Croatia terima lamaran berkahwin daripada pemain
- Dana RM92.5 bilion Kerajaan PN, agensi kerajaan dan syarikat disiasat SPRM
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Tanah runtuh: ‘Bunyi seperti letupan kuat, bumi bergerak pantas’
Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]