Myvi elak bayar tol, sanggup masuk laluan motosikal

Myvi elak bayar tol, sanggup masuk laluan motosikal

Orang ramai mengecam tindakan seorang pemandu sebuah kereta jenis Myvi kerana mengikut laluan motosikal gara-gara ingin mengelak daripada membayar tol.

Video yang dimuat naik di media sosial @myferk itu memaparkan kereta tersebut dipandu laju sehingga mengundang bahaya kepada penunggang motosikal yang berada di laluan tersebut.



Kejadian itu dipercayai berlaku di Plaza Tol Batu 9, menghala Kajang, kira-kira pukul 6.41 petang, Selasa lalu.

Sehingga kini, video tersebut telah mendapat sebanyak 30,200 tontonan dengan 1,062 perkongsian dan 624 tanda suka.

Tinjauan Kosmo! di ruangan komen mendapati rata-rata orang ramai menyifatkan tindakan berkenaan sebagai tidak bertanggungjawab dan menyeru pihak berkuasa untuk tindakan lanjut.

“Harga tol baru berapa ringgit daripada bahayakan nyawa orang lain, kenapa tidak bayar sahaja,” komen pengguna.



“Gantung sahaja lesen kalau boleh, sebab membahayakan pemandu lain,” seloroh seorang lagi pengguna. K Online

Myvi elak bayar tol, sanggup masuk laluan motosikal


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker