Iktiraf UEC: Bukan agenda dan keutamaan KPM – Menteri Pendidikan

PUTRAJAYA – Usaha mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersama Sekolah Menengah Persendirian Cina (UEC) bukan menjadi keutamaan Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM).

Sebaliknya kata Menteri Fadhlina Sidek, kementerian akan memberi tumpuan utama kepada usaha dan menangani cabaran ekonomi serta kos sara hidup dihadapi rakyat.

“Apa-apa berkait dengan manifesto juga akan lihat semula kerana sekarang kita berada dalam Kerajaan Perpaduan, kita tidak lagi bercakap pasal manifesto PH semata-mata,” katanya menerusi sidang akhbar khas di kementeriannya pada Khamis.



Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan pemberita berhubung kedudukan UEC dalam manifesto PH.

Majlis itu turut dihadiri Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying dan Ketua Setiausaha KPM Datuk Yusran Shah Mohd Yusof dan Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali.

Sebelum ini Persatuan-Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong) sekali lagi membangkitkan gesaan yang pernah dibuat ketika pentadbiran kerajaan PH, dua tahun lalu supaya UEC diiktiraf.

 



Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392

Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);

KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929

CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email : [email protected]



Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]



Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j

Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain



Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker