Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Dr. Mohd. Puad Zarkashi mempersoalkan sama ada lantikan Datuk Seri Hamzah Zainuddin sebagai Ketua Pembangkang mempunyai kaitan dengan pelan peralihan kuasa dalam Perikatan Nasional (PN).
Beliau turut bertanya sama ada Hamzah yang juga Setiausaha Agung PN akan dijadikan poster boy gabungan parti politik itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).
“Apakah Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin sudah tidak berminat jadi Perdana Menteri?” katanya dalam hantaran Facebook miliknya, hari ini.
Pada 10 Disember lalu, Setiausaha Agung Pas, Datuk Seri Takiyuddin Hassan mengumumkan pelantikan Hamzah sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Mohd. Puad menambah, kebiasaannya, Ketua Pembangkang adalah bakal Perdana Menteri.
Beliau berpandangan, tidak mungkin Muhyiddin tidak mahu menjadi Perdana Menteri lagi walaupun Ahli Parlimen Pagoh itu sudah berumur dan didakwa mempunyai masalah kesihatan.
“Mungkin Muhyiddin tidak sanggup jadi panglima perang di Parlimen. Dia pun ada baggage. Mungkin ada strategi lain. Hamzah bukan kecil anak. Dia pemusnah yang hebat.
“Lima tahun terlalu lama untuk Hamzah jadi Ketua Pembangkang. Macam-macam dia boleh main. Jangan Muhyiddin musnah di tangan Hamzah sudahlah,” jelasnya. MG
Muhyiddin sudah tak minat jadi PM?
Baca Artikel Menarik:
- Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]
- MCA semakin terasing hanya mampu menang di kerusi majoriti Melayu
- Kedudukan Anwar tidak terjejas jika empat kerusi Parlimen perlu dikosongkan
- Jho Low memang suka ‘petik’ nama orang kenamaan- Joanna
- Perlembagaan GRS peruntuk keahlian terus individu, kesatuan antara parti – Armizan
- Ismail nafi jumpa Muhyiddin di Jakarta, arah peguam saman fitnah
- Sanusi beritahu Anwar, jumpa di mahkamah
- Mayat berulat dalam rumah
- Melampau! Kepala babi diletakkan di atas bumbung masjid
- Wanita Indon dikecam netizen Malaysia kerana perlekeh Bahasa Melayu
- Arab Saudi mahu bina bangunan tertinggi di dunia dengan kadar ketinggian 2 kilometer
- Pemutihan UMNO perlu untuk elak Langkah Sheraton 2.0 berulang
- Zizan Razak Bagi Amaran Dekat Dara & Janda
- Syafiq Abdullah mahu saman ‘pihak menganiaya’
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
You must be logged in to post a comment.