Malaysia dan EU meterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama

Malaysia dan EU meterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama

Kerajaan Malaysia dan Kesatuan Eropah (EU) semalam buat julung kalinya dalam sejarah telah pun berjaya memeterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama (PCA).

Menurut kenyataan Wisma Putra di sini hari ini, Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir yang juga wakil khas Perdana Menteri telah mewakili negara pada perjanjian tersebut.



“EU pula diwakili oleh Wakil Tinggi bagi Hal Ehwal Luar Negeri dan Dasar Keselamatan, Josep Borrell Fontelles yang juga ialah Naib Presiden Suruhanjaya Eropah,” katanya.

PCA ujar Wisma Putra, adalah salah satu daripada acara tertinggi pada Sidang Kemuncak Peringatan ASEAN-EU yang buat kali pertama diadakan dalam sejarah dua blok tersebut.

Pemeteraian itu berlangsung semalam di Brussels, Belgium yang turut menempatkan ibu pejabat EU manakala perjanjian ini meliputi kerjasama pelbagai bidang dengan Malaysia.

Mengulas lanjut, kenyataan itu menambah, PCA merangkumi rangka kerja politik strategik yang lebih holistik bagi menambah baik dan mengukuhkan hubungan kerjasama.



“Perjanjian ini membabitkan sejumlah 60 artikel yang bertujuan untuk meningkatkan lagi jaringan kerjasama pelbagai bidang termasuklah perdagangan dan pelaburan,” katanya.

Ia turut meliputi kerjasama dalam aspek tenaga, pengangkutan, pertanian, kewangan, maritim dan bidang lain menerusi dialog serta pertukaran maklumat secara bersama.

Wisma Putra bagaimanapun menjelaskan bahawa, PCA akan mula berkuat kuasa setelah diratifikasi oleh kerajaan Malaysia dan kesemua negara anggota EU dalam masa terdekat.

Zambry ketika perbincangan dengan Fontelles turut meneliti isu kepentingan bersama termasuk kebimbangan Malaysia terhadap undang-undang penebangan hutan oleh EU.



Malaysia ujar beliau, juga mengesahkan akan menyertai sesi mesyuarat Kumpulan Kerja Bersama Minyak Sawit EU dan Malaysia yang turut melibatkan kerajaan Indonesia. K Online

Malaysia dan EU meterai Perjanjian Perkongsian Kerjasama


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET




Pasangan suami isteri didenda buat ‘projek’ di tempat awam [VIDEO]

Banglo seram Bukit Gasing akhirnya dijual dengan harga RM4.4j



Penyokong paling seksi dakwa dilamar ramai pemain

Muat Turun Kalender 2023, Cuti Sekolah & Cuti Umum Malaysia [Percuma]



Related Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker