Usul undi percaya, Anwar yakin dapat sokongan dua pertiga

Usul undi percaya, Anwar yakin dapat sokongan dua pertiga

Datuk Seri Anwar Ibrahim yakin bakal memperoleh sokongan dua pertiga daripada ahli Parlimen pada usul undi percaya dalam sidang khas yang akan berlangsung 19 November ini.

Perdana Menteri berkata, beliau sudah mendapat komitmen daripada ketua parti politik yang menyokongnya ketika ini, menjelang sidang khas berkenaan selepas beliau sendiri yang mencadangkan usul berkenaan sebelum ini.

“Ketua-ketua parti, Pakatan Harapan (PH), Barisan Nasional (BN), Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS), WARISAN dan beberapa parti lain sudah memberi komitmen dan insya-Allah kita dapat teruskan dengan baik.

“Minta saudari doakan yang sebaiknya,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Kabinet di sini, hari ini. BH

Berita lanjut menyusul

Usul undi percaya, Anwar yakin dapat sokongan dua pertiga


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker