Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah

Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah

Ikon permotoran, Haqiem Stopa mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret Selayang, hari ini atas pertuduhan menyimpan gambar dan video lucah bekas kekasihnya di dalam dua telefon bimbit, minggu lalu.

Haqiem atau nama sebenarnya Muhammad Sadzri Hakim Jaafar, 22, didakwa menyimpan gambar dan video lucah gadis berusia 21 tahun itu dalam galeri telefon bimbit jenama Iphone 13 Pro Max dan Iphone 7 Plus miliknya, lapor Utusan Malaysia.

Tertuduh yang mempunyai sejuta pengikut dalam aplikasi TikTok didakwa melakukan perbuatan itu pada 4.30 petang 9 Dis lalu di sebuah rumah di Rawang.

Pertuduhan terhadap Sadzri dibuat mengikut Seksyen 292(a) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum tiga tahun dan denda atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Majistret Nur Hafizah Rajuni membenarkan tertuduh dibebaskan dengan jaminan RM3,000 menerusi seorang penjamin dan menetapkan sebutan kes pada 23 Feb depan.

Terdahulu, Timbalan Pendakwa Raya Anis Farhah Ahmad Hilmi menawarkan jaminan RM4,000 dengan seorang penjamin. FMT

Simpan gambar, video lucah bekas kekasih, Haqiem Stopa mengaku tak bersalah


Baca Artikel Menarik:

Layari Laman Facebook MYKMU.NET


Kenapa tak suka Watie, tanya anak-anak Shuib

Mike Tyson bawa bapa tunai umrah

Achraf Hakimi punyai isteri paling cantik di dunia

Related Articles

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker